Posted in Conference, Events, News from Malaysian Libraries

Kejayaan Seminar Kepustakawanan 2017 Mencapai Objektif

Oleh: Wan Abdul Rahman bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan, CAIS UNIMAS & Kumpulan Editor, Berita PPM

Seminar Kepustakawanan 2017 telah berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2017 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Tema seminar kali ini adalah “Kelestarian Kecemerlangan yang menyaksikan sebanyak 13 kertas kerja yang berkaitan dengan pembangunan kelestarian perpustakaan telah dibentang. Selain penyertaan daripada universiti awam dan swasta dalam negara, seminar ini juga berjaya menarik penyertaan dari Indonesia.

 

Perasmian Seminar Kepustakawanan 2017 ini telah dilakukan oleh Y.B. Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak. Melalui penganjuran aktiviti seumpama ini, pihak CAIS berhasrat untuk menggalakkan perkongsian maklumat dalam memperkasa perpustakaan dan pusat maklumat supaya terus kekal revelan kepada masyarakat.

 

Antara topik yang dibentangkan sepanjang seminar ini adalah pengurusan perpustakaan, penyelidikan dan inovasi, persekitaran digital serta pengoptimuman sumber. Ternyata sekali objektif seminar bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan  profesionalisme kepustakawanan serta memastikan peranan perpustakaan sentiasa selari dengan perkembangan dan keperluan semasa telah tercapai.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s