Posted in Events, News from Malaysian Libraries, PPM, Training

Program “Technology Update” 2017

Oleh: Mohd Kamal Mohd Hanapiah, Pustakawan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pustakawan USM, En. Mohd Kamal Mohd Hanapiah telah berkongsi idea dan pengalaman menjayakan perkhidmatan sokongan penyelidikan di USM sejak tahun 2014 dalam Program “Technology Update” yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Beliau menceritakan tentang susur galur pembangunan perkhidmatan sokongan penyelidikan dari peringkat permulaan iaitu penglibatan 13 orang pustakawan secara sukarela terlibat dengan proses pembangunan perkhidmatan ini sehingga ke peringkat pengiktirafan kepakaran dan kemahiran dalam membangunkan modul latihan aplikasi teknologi seperti Mendeley, Google Scholar, Google Drive, Open Access, MS Word & NVivo. Perkhidmatan sokongan penyelidikan ini bukan saja menekankan aspek literasi maklumat malah dari segi meningkatkan kadar intelektual dan ilmu teknikal seseorang pengguna terhadap sesuatu aplikasi teknologi sehingga ke tahap amat mahir.

Sehingga kini, perkhidmatan ini telah berkembang bukan sahaja di peringkat dalam USM, malah mendapat pelawaan dari institusi luar USM di dalam negara seperti IPG Tuanku Bainun, IPG Sultan Abdul Halim, Sg Petani dan Kolej Han Chiang dan juga beberapa universiti luar negara seperti Universitas Airlangga Indonesia dan University of Ruhuna Sri Lanka.

Para peserta mendapat banyak manfaat daripada perkhidmatan tersebut. Hal ini kerana, pendekatan yang dipraktikkan kepada pelanggan bukan saja menarik malah keluar daripada kaedah tradisional pembelajaran dan pengajaran sedia ada.

Terkini, pustakawan terlibat dalam proses membangunkan kandungan laman sesawang perkhidmatan sokongan penyelidikan serta memperkenalkan modul e-learning melalui platfom Open Learning.

Dalam usaha untuk menyebarluaskan kemahiran pustakawan tentang perkhidmatan sokongan penyelidikan ini, satu bengkel khas bertajuk ‘Research Support Workshop’ akan diadakan pada 3 & 4 Oktober 2017 di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM. Bengkel ini terbuka kepada semua warga kerja Perpustakaan sama ada pustakawan mahupun staf sokongan yang berminat untuk memperkasakan perkhidmatan sokongan penyelidikan di organisasi masing-masing.

Layari laman sesawang dan daftar secara dalam talian.

URI: https://researchsupporttraining.wordpress.com/upcomingtraining/

Anda juga boleh hubungi secara terus Pengurus Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan USM untuk makluman lanjut,

Puan Jamilah Hassan Basri
Emel: jamilahhassan@usm.my
Telefon: 04-6535373
Faks: 04-6571526

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s