Posted in PPM

Perlembagaan (Pindaan) 1998 : Keahlian PPM

Oleh: Dr. Nor Edzan Che Nasir (Mantan Presiden Terkini PPM, Kumpulan Editor, Berita PPM ) & Shamsiah Abu Bakar (Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Promosi dan Keahlian PPM)

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah ditubuhkan melalui penubuhan Malayan Library Group (MLG) yang didaftar di Registrar of Societies Singapura pada 6 Jun 1955. Mesyuarat pertama bagi membincangkan penubuhan MLG telah diadakan pada 7 Januari 1955 di University of Malaya Singapura dan dihadiri oleh 47 orang bekerja di perpustakaan di malaya ketika itu. Ini diikuti dengan mesyuarat kedua yang telah diadakan di Raffles Library, Singapura pada 25 Mac 1955 dan dihadiri oleh 36 ahli.
Dari seawal penubuhannya, PPM adalah satu persatuan yang digerakkan oleh ahli dan untuk terus menapak di Malaysia, PPM memerlukan sokongan dari ahli PPM sendiri. Sehubungan dengan itu, PPM ingin menjemput mana-mana individu atau institusi untuk mendaftar sebagai ahli PPM.

Logo PPM

Keahlian

Fasal VII (1) hingga Fasal VII (5) Perlembagaan (Pindaan) 1998 menggariskan mengenai keahlian PPM. Terdapat tujuh kategori keahlian dan bagi kategori ketujuh pula, terdapat dua sub-kategori.

  1. Ahli Profesional – Orang yang bermastautin di Malaysia dan mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf.
  2. Ahli Profesional yang Sepadan – Orang yang tidak bermastautin di Malaysia atau warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dalam tempoh melebihi satu tahun dan mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf.
  3. Ahli Seumur Hidup – Orang yang telah menjadi Ahli Profesional tidak kurang dari lima tahun berturut-turut dan telah menjelaskan yuran semasa dan membuat pembayaran sekaligus bagi semua yuran berikutnya.
  4. Ahli Penuntut – Orang yang mendalami bidang profesion ini atau bidang berkaitan di institusi pengajian tinggi.
  5. Ahli Kehormat Seumur Hidup – Orang yang pada pendapat Majlis telah memberi sumbangan istimewa dalam menggalakkan bidang kepustakawanan.
  6. Ahli Institusi – Mana-mana perpustakaan dan persatuan perpustakaan yang berminat dengan objektif PPM.
  7. Ahli Gabungan
    1. Perseorangan – Orang yang berminat dengan objektif PPM tetapi tidak mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf.
    2. Institusi – Mana-mana institusi selain daripada Ahli Institusi yang berminat dengan objektif PPM.

Ahli PPM membaharui keahlian sebelum M.A.T.

Bagaimana Menjadi Ahli?

Sesiapa sahaja yang layak untuk menjadi Ahli Profesional, Ahli Penuntut dan Ahli Gabungan Individu hanya perlu memohon kepada Majlis PPM dengan mengisi Borang Permohonan PPM yang boleh dimuat turun dari pautan http://www.ppm55.org/wp-content/uploads/2016/12/BORANG_PERMOHONAN_KEAHLIAN_PPM.pdf

 

Bagi kategori Ahli Profesional yang Sepadan, pemohon perlu membuat permohonan kepada Majlis atau menukar taraf keahlian dengan mengguna borang yang ditetapkan.  Perpustakaan, persatuan perpustakaan atau institusi lain yang berminat dan layak untuk menjadi Ahli Institusi atau Ahli Gabungan Institusi juga perlu memohon kepada Majlis untuk menjadi ahli dengan mengguna borang yang ditetapkan. Ahli-ahli PPM juga digalakkan untuk membuat permohonan kepada Majlis untuk menjadi Ahli Seumur Hidup. Ahli perlulah menjadi Ahli Profesional tidak kurang dari lima tahun berturut-turut dan telah menjelaskan kesemua yuran semasa.

 

Bagi proses kelulusan permohonan, yuran perlu disertakan bagi setiap permohonan keahlian. Permohonan tidak akan diproses selagi Bendahari Kehormat tidak menerima yuran berkenaan. Majlis juga berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan walau pun dengan majoriti kecil tetapi penolakan permohonan perlu mempunyai sebab yang wajar. Penuntut universiti atau pusat pengajian pula tidak boleh menjadi ahli tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua universiti atau pusat pengajian berkenaan.

 

Bagi memastikan penyimpanan rekod keahlian yang lengkap. Majlis perlu menyimpan satu buku Daftar Keahlian. Kesemua nama ahli hendaklah direkodkan ke dalam

 

Bagaimana Menamatkan Keahlian?

Ahli yang ingin menarik diri daripada menjadi Ahli PPM perlu memberi notis bertulis dua minggu sebelum tarikh penamatan keahlian kepada Setiausaha Kehormat.

 

Apakah Kemudahan Keahlian?

Perlembagaan (Pindaan ) 1998 juga menyatakan setiap ahli berhak:

  1. Menerima Laporan Tahunan, surat berita dan terbitan percuma yang lain,
  2. Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan/atau Mesyuarat Agung Luar Biasa,
  3. Menerima potongan harga bagi semua terbitan yang dijual,
  4. Menerima konsesi khas untuk menghadiri ceramah, seminar atau kegiatan lain yang berkaitan anjuran atau anjuran bersama oleh PPM, dan
  5. Ahli Institusi boleh mewakilkan seorang ahlinya untuk menyertai semua kegiatan PPM

 

Selain daripada itu, mana-mana ahli boleh dicalon dan dipilih serta boleh membuat pencalonan dan mengundi bagi mana-mana jawatan dalam Majlis PPM tertakluk kepada ketetapan berikut:

  1. Untuk bertanding di Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T.) dan/atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (M.A.L.), Ahli Seumur Hidup dan Ahli Profesional perlu menjadi ahli berbayar bagi sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut dan bermastautin di Malaysia, dan
  2. Untuk membuat pencalonan dan mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T.) dan/atau (M.A.L.), Ahli Seumur Hidup dan Ahli Profesional perlu bertaraf dalam faedah dan bermastautin di Malaysia.

 

Berapakah Yuran Keahlian?

Fasal VIII Perlembagaan (Pindaan) 1998  menetapkan yuran keahlian. PPM mengenakan yuran keahlian tahunan kepada semua kategori keahlian kecuali Ahli Seumur Hidup yang hanya perlu membuat bayaran sekali sahaja. Ahli perlu menjelaskan yuran tahunan pada 1 Januari setiap tahun.

 

Yuran keahlian dan lain-lain bayaran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

 

Kategori Keahlian Kadar Yuran Tahunan
Ahli Profesional
Ahli yang memperoleh pendapatan kasar:
Bawah RM1,500 sebulan RM30.00
RM1,501 – RM2,500 sebulan RM40.00
RM2,501 – RM5,000 sebulan RM50.00
RM5,001 dan ke atas sebulan RM70.00
 

Ahli Profesional yang Sepadan/Berurusan

 

RM50.00

 

Ahli Seumur Hidup       

             

 

RM700.00

(bayaran sekali sahaja)

Ahli Penuntut/Pelajar  RM10.00
 

Ahli Institusi    

 

RM500.00

Ahli Gabungan Individu                       RM30.00
Ahli Gabungan Institusi – Awam RM50.00
Ahli Gabungan Institusi – Syarikat/Korporat RM100.00
 

Lain-lain Bayaran

Yuran Pendaftaran

(bagi semua kategori ahli)

RM30.00

(bayaran sekali sahaja sepanjang menjadi ahli)

Yuran Pendaftaran Semula RM10.00

(Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan bayaran pendaftaran semula sebanyak RM10.00 dan apa jua bayaran yang sepatutnya kepada semua kategori ahli yang pembayaran yurannya tertunggak)

 

Bagi ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun, satu notis tunggakan yuran tahunan akan dikeluarkan kepada ahli. Jika ahli tidak menjelaskan tunggakan setelah notis dikeluarkan, keahliannya akan di gantung. Perlu ditekankan disini bahawa mana-mana ahli yang layak mengundi di M.A.T. dan/atau M.A.L. akan lucut kelayakan mengundi jika ahli gagal menjelaskan yurannya sebelum M.A.T. setiap tahun.

 

Ahli PPM boleh menghadiri M.A.T. dan/atau M.A.L.

Bagi mereka yang memenuhi kriteria untuk menjadi ahli bagi mana-mana kategori keahlian, sila layari laman sesawang PPM (http://www.ppm55.org) untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keahlian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s