Future Library Convention Asia 2017 di Kuala Lumpur

Oleh : Azraai bin Abidin, Pustakawan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia buat julung-julung kalinya telah menganjurkan ‘Future Library Convention Asia 2017’ (FLCA 2017) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. FLCA Convention 2017 selama 3 hari bermula daripada 28 hingga 30 April yang lalu merupakan inisiatif untuk mengetengahkan idea kreatif dan usul-usul baharu perpustakaan di Asia untuk menjadi lebih berdaya saing dan dinamik dalam era digital pada hari ini.

 

Objektif FLCA 2017 adalah untuk menggalakkan pustakawan untuk berfikir secara kritis dari segi penggunaan ruang-ruang dalam perpustakaan dan ruang-ruang untuk perpustakaan; memberi pendedahan kepada idea-idea baru dan trend terkini dalam pengurusan perpustakaan dan maklumat; dan menjadi sebahagian daripada rangkaian yang lebih besar dalam bidang  kepustakawanan serta kumpulan berkaitan dari seluruh rantau Asia.

 

Sebanyak 12 pembentangan kertas kerja telah berjaya diadakan sepanjang tempoh tiga hari persidangan. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah:

 

Kertas Kerja Pembentang
Transformation of National Depository System

 

Dato’ Hajah Nafisah Ahmad

Ketua Pengarah

Perpustakaan Negara Malaysia

500 Years History Through The Digital World Mr Vincent Cheah

Product Manager Cengage Learning Asia Pte.Ltd. (Malaysia Branch)

Digital Services: The Challenge and Opportunity of Libraries in China Mr Xiao Hong

Vice President

China National Knowledge and Infrastructure

 

 

A Peek into the Future of Teaching, Learning & Research Ms Rosalia da Garcia
Deputy Managing Director and Head of Sales and Marketing
SAGE Publications Asia-Pacific Pte.Ltd, Singapore
Honouring the Past, Embracing the Future Ms Lee Cheng Ean
Senior University Librarian
National University of Singapore Library
Library and Publishing Development in Indonesia Lucya Dhamayanti

Head of Legal Deposit Directorate
The National Library of Indonesia, Indonesia

The Potential of the Arabic eBook Market in Numbers and Habits Mr Bilal Zahra

Co-Founder and CEO eKtab Jordan

A Glance on IFLA 2018 Ms Chin Loy Jyoon

Timbalan Presiden II

Persatuan Pustakawan Malaysia

 

Sebuah forum berjudul “The Challenges and Opportunities of Library in Malaysia” yang dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar mengakhiri konvensyen ini. Barisan panel forum tersebut  terdiri daripada:

  1. Prof Madya Dr. Ummul Khair Bt Ahmad, Pengarah Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
  2. Dr Basri Haji Hassan, Ketua Pustakawan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  3. Encik Japri Bujang Masli, Ketua Sektor Perkhidmatan, Pustaka Negeri Sarawak
  4. Encik Adi Irwan Dato’ Haji Azhar, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia.

Perkongsian ilmu dan pertukaran idea yang berlaku selama tiga hari konvensyen ini diharapkan dapat menjana satu anjakan baharu dalam persediaan perpustakaan-perpustakaan di seluruh Malaysia khususnya dan Asia umumnya untuk berhadapan dengan cabaran di masa hadapan.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

One thought on “Future Library Convention Asia 2017 di Kuala Lumpur

  1. Suatu persidangan yanh sangat baik bagi membincangkan trend terkini dalam bidang perpustakaan, penerbitan, harta intelek dan kerjasama pelbagai pihak untuk memudahkan akses kepada makalumat oleh khalayak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s