Bengkel Sehari Kemahiran Asas Literasi Maklumat

Oleh : Mohd. Jeffri bin Abu Hassan, Kumpulan Editor, Berita PPM (Pustakawan, Shearn Delamore & Co)

 

Pada 25 Febuari 2017, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Persatuan Pustakawan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Sehari Kemahiran Asas Literasi Maklumat bertempat di BTPN Kuala Lumpur. Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan asas berkaitan kemahiran literasi maklumat untuk dilaksana pada peringkat jabatan/organisasi.

 

Seramai 50 orang peserta telah menyertai bengkel dan mereka terdiri daripada guru sekolah, universiti dan individu. Bengkel telah dikendalikan oleh Hjh Norhayati Razali dan teknik pengajarannya adalah dengan memberi penerangan, perbincangan dalam kumpulan dan latihan secara hands on. Panduan utama bengkel adalah berdasarkan:

  1. Asas Kemahiran Maklumat – Perbincangan berkaitan dengan manifesto UNESCO untuk melahirkan insan yang berliterasi maklumat dan peranan yang dimainkan oleh Pusat Sumber Sekolah
  2. Pencapaian pada masa hadapan di dalam era abad ke 21
  3. Kemahiran yang perlu ada berkaitan dengan pengetahuan tentang maklumat – asas dan amalan awal di peringkat sekolah rendah
  4. Penerangan berkaitan aktiviti di dalam perancangan guru
  5. Objektif akiviti yang berkaitan dengan kemahiran literasi maklumat
  6. Pengurusan aktiviti – Kertas Cadangan, Belanjawan dan Carta Gantt

 

Di akhir bengkel peserta dapat menambah ilmu serta kemahiran dalam mengurus maklumat dan menyediakan maklumat yang lebih sistematik kepada pengguna.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s