Karnival Suka Belajar 2017

Oleh: Tengku Tarmizi Tengku Aziz, Kumpulan Editor, Berita PPM (Pustakawan Majlis Bandaraya Johor Bahru)

Pada 7 Mei 2017, satu program kerjasama antara Perpustakaan Sultan Ismail MBJB dan Fakulti Pendidikan UTM serta Persatuan NGO MAPIM (Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia) telah dilaksanakan “Karnival Suka Belajar 2017” di Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Karnival yang diadakan bersempena Karnival Permuafakatan Ahli Majlis MBJB Zon 14 Kampung Melayu melibatkan seramai 235 orang pelajar sekolah sekitar Kg. Melayu dan 30 orang fasilitator dari Fakulti Pendidikan UTM dan Perpustakaan Sultan Ismail.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk mempromosi minat golongan pelajar di pelbagai peringkat persekolahan di kawasan Kg Melayu mengguna masa terluang untuk belajar bersama-sama dalam study group dan menjadikan Perpustakaan Sultan Ismail cawangan Kg. Melayu sebagai tempat untuk pelajar berkumpul dan melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Pelbagai program disusun untuk menjayakan karnival ini seperti ceramah, bengkel, demonstrasi, pertandingan dan permainan. Di antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah pendaftaran Kelab Suka Belajar, Fun with STEM, Chef Cilik, Junior Gardener, MAGIC Science, Treasure Hunt, Genetik Mendelian dan lain-lain. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah Fun Learning With Technology yang mendedahkan pelajar kepada kaedah penggunaan teknologi terkini sambil belajar. Pelajar diuji secara kreatif melalui soalan-soalan dengan paparan teknologi terkini berbanding kaedah lama yang mengguna buku-buku soalan. Ini akan membentuk keseronokan belajar, sekali gus mewujudkan persekitaran yang menarik.

Selain daripada itu, Legoland Malaysia juga telah menyediakan Bas Legoland Eduplay Express yang menggunakan permainan Lego dalam pembelajaran melibatkan sains, mekanikal dan seni. Ini adalah salah satu cara untuk menguji kreativiti pelajar dimana mereka diuji dengan menterjemah idea inovasi kepada realiti. Semua aktiviti ini dirancang selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar dalam bidang sains berbanding sastera (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025). Melalui Karnival Suka Belajar satu tapak asas yang kukuh untuk pelajar-pelajar meneruskan minat dalam pembelajaran telah berjaya dibentuk bagi mempertingkat kemahiran berfikir dan mengalak perkongsian ilmu. Ini akan memastikan pelajar akan terus menjadi asset negara pada masa akan datang.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s