Simposium Pengurusan Maklumat Siri II 2017

Oleh: Rafidah Abdul Aziz, Kumpulan Editor, Berita PPM  (Pensyarah Kanan UiTM)

 

Pada 27 April 2017 bertempat di Institute of Leadership and Development (ILD), Nilai, Negeri Sembilan telah berlangsung satu simposium yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor dengan tema “Melonjak Solidariti Masyarakat Bestari”.

 

Objektif simposium ini diadakan adalah:

1)         Menyokong pengukuhan infrastruktur dalam mempertingkatkan produktiviti
            pengurusan maklumat secara lebih telus

2)         Menyedia komunikasi interaktif kepada ahli akademik, profesional serta kumpulan
            kakitangan organisasi bagi membincangkan isu pendigitisan masa kini

3)         Menjadi medium diskusi bagi inovasi baru dan terkini selari dengan tema simposium

4)         Memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknologi terkini dalam bidang pengurusan
            maklumat bagi bentuk digital.

 

Simposium ini telah dihadiri oleh 35 orang peserta dari pelbagai sektor dan kebanyakannya terlibat secara langsung dengan pengurusan maklumat digital. Seminar telah dimulakan dengan majlis perasmian dan seterusnya ucaptama dari Prof. Madya Dr. Mohamad Noorman Masrek dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana dengan tajuk “Evolusi dan Revolusi Kompetensi bagi Profesional Maklumat: Implikasi dan Cabaran”.  Penceramah lain yang dijemput adalah Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf, Pengarah Pusat Sitasi Negara; Encik Shahril Effendi Ibrahim, Pustakawan Kanan, OUM dan Encik Rashidy Murad, Senior Analyst, RasGas Company Ltd., Doha, Qatar.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s