Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Pustakawan UPNM Berlangsung Dengan Jayanya

Oleh: Norfarhana Dewi Binti Md Akim, Penolong Pustakawan UPNM

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) dengan kerjasama Pusat Sukan UPNM telah menganjur Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah antara Jabatan bagi merebut Piala Ketua Pustakawan 2017. Kejohanan tahunan ini telah diadakan pada 5 Mei 2017 dan ia merupakan penganjuran buat kali ketiga semenjak 2015. Pada tahun ini, sebanyak 16 buah pasukan telah bertanding.

 

Kejohanan yang dibuka kepada semua staf Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian (FPJB) dalam UPNM ini diadakan bertujuan untuk menggalak dan mengekal hubungan muhibbah di kalangan semua staf UPNM selain daripada untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan sukan kearah kecemerlangan.Acara perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Mohammed Dzulkarnain Abdul Karim, Ketua Pustakawan PJTI dengan penyerahan bola sepak kepada Ketua Pengadil sebagai simbolik bermulanya kejohanan ini.

 

Seterusnya, Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammed Dzulkarnain Abdul Karim, Ketua Pustakawan PJTI dan disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj.Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM. Juara kejohanan pada kali ini telah dimenangi oleh pasukan PTTK ALK dari Akademik Latihan Ketenteraan (ALK).

 

Seluruh warga PJTI merakamkan jutaan terima kasih kepada semua FPJB yang terlibat khususnya Pusat Sukan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Pusat Perubatan UPNM, Bahagian Keselamatan UPNM dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kita bertemu lagi di kejohanan yang akan datang.

 

Keputusan rasmi kejohanan:

Juara               :           Akademi Latihan Ketenteraan (PTTK ALK)

Naib Juara     :           Pendaftar (PENDAFTAR A)

Tempat ke-3   :           Pejabat TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA B)

Tempat ke – 4             :           Akademi Latihan Ketenteraan (Perwira ALK)

Saguhati          :           Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI FC)

Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan (FSTP FC)

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK Jaguar)

Pejabat TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA A)

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s