Posted in Charity, Events, News from Malaysian Libraries

Anjung Santai UKM4Bangi rapatkan Perpustakaan UKM dengan masyarakat Bandar Baru Bangi

Oleh: Harith Faruqi Sidek, Pustakawan Kanan, UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat perniagaan KIP Mall Bandar Baru Bangi telah mewujudkan ruang santai yang dapat dimanfaatkan oleh warga Bandar Baru Bangi untuk kegiatan pembacaan rekreasi dan bebas. Selain UKM dan Kip Mall, beberapa penaja lain turut terlibat sama dalam menjayakan projek ini, antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, Johor Corporation dan Kentucky Fried Chicken (KFC). Ruang santai yang dinamakan Anjung Santai UKM4Bangi ini diwujudkan dengan harapan akan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat tempatan sama ada golongan dewasa, remaja atau kanak-kanak, bersesuaian dengan jolokan Bangi sebagai bandar ilmu. Anjung Santai UKM4Bangi yang terletak di lantai mezzanine aras G, Pusat Membeli-belah KipMall ini telah dirasmikan pada 22 April 2017 oleh Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Dr. Imran Ho.

Perpustakaan UKM telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan kewujudan Anjung Santai UKM4Bangi ini, bermula dengan kerja-kerja naiktaraf fizikal sehinggalah kepada penganjuran aktiviti yang menghidupkan ruang ini. Perpustakaan UKM telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak dalam menjayakan aktivti mingguan di ruang ini, antara yang paling aktif menjalinkan kerjasama ialah Perpustakaan Awam Hulu Langat dan Kelab Sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa UKM. Selain menempatkan bahan bacaan dengan konsep Free Little Library, Anjung Santai turut menyediakan permainan yang sesuai bagi mengisi masa lapang dan mengasah bakat golongan kanak-kanak dan remaja seperti puzzle, catur dan sudut kreatif.

Antara aktiviti mingguan yang dianjurkan ialah, aktiviti mengasah minda seperti Puzzle, Teka Silangkata, Spell It Right, Baca dan Tulis Jawi dan Roda impian. Selain daripada itu, aktiviti di sudut kreatif menampilkan aktiviti seperti origami, plastisin bertema, rekacipta daripada bahan terbuang, mewarna dan melukis. Anjung Santai yang dibuka setiap hari ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan penduduk sekitar Bangi sejak pembukaannya. Di harap sambutan yang diberikan itu akan berterusan kerana ia akan menjadi antara faktor penentu sama ada Anjung Santai UKM4Bangi ini akan terus beroperasi pada masa akan datang.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s