Posted in News from Malaysian Libraries

Koleksi Kedah Sebagai Khazanah Warisan

Oleh: Wan Ahmad Hanis b. Wan Yahya, Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Dalam usaha untuk memartabatkan khazanah warisan negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mendokumentasikan bahan-bahan yang diterbit, dicetak dan ditulis mengenai Negeri Kedah atau oleh anak Negeri Kedah yang dihimpun dalam satu koleksi.

Objektif utama koleksi ini untuk
1. Menjadi satu tempat himpunan khazanah Negeri Kedah dalam bentuk maklumat yang boleh dirujuk mengikut keperluan.
2. Memelihara bahan-bahan yang boleh dijadikan satu kebanggaan kepada rakyat Negeri Kedah.
3. Menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai Negeri Kedah.
4. Sebagai satu nadi ke arah perkembangan pembinaan minda dan ilmu pelbagai lapisan masyarakat Kedah agar boleh berbangga dengan hasil warga tempatan dalam bentuk ilmu dan maklumat.
5. Menerbitkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Negeri Kedah, indeks, gambar, keratan akhbar, rakaman video, buku-buku sejarah dan lain-lain.

Sehingga kini PPAK telah mengumpul sebanyak 52,344 buku untuk rujukan umum. Perpustakaan ini juga telah menyediakan ruang yang luas, santai serta mesra pengguna untuk menarik masyarakat berkunjung ke perpustakaan. Semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat termasuk penyelidik sama ada dari dalam dan luar negara.

Statistik Koleksi Kedah (Buku)

Bil.

Koleksi

Jumlah  Terkini
1. Koleksi Tempatan (KK) 16, 380
2. Koleksi Khas 4 063
3. Koleksi Perdana 750
4. Koleksi Tesis 463
5. Koleksi Salasilah 19
6. Koleksi Manuskrip 19
7. Koleksi Nadir 86
8. Koleksi IADP 833
9. Koleksi Kekal 70
10. Koleksi Keratan Akhbar 842
11. Koleksi Ismail Hussein (KIH) 10, 365
12. Koleksi Abdullah Hussain (KAH) 1 011
13. Koleksi Salleh Ibrahim (KSI) 2 436
14. Koleksi Dato’ Wan Ibrahim (KWI) 1 108
15. Koleksi Shahnon Ahmad (KSA) 4 771
16. Koleksi Sharifah Fatimah (KSF) 801
17. Koleksi Ahmad Mukhtar (KAM) 1 094
18. Koleksi Wan Shamsuddin (KWS) 21
19. Koleksi Azizi Hj. Abdullah (KAA) 590
20. Koleksi A.Rahmad (KAR) 923
21. Koleksi Ismail Peterson 29
22. Koleksi Halim ‘R’ 124
23. Koleksi Dato’ Syeikh Mahmood Naim 606
24. Koleksi Affrini Adham 79
25. Koleksi Shaidun Shaari 1 152
26. Koleksi Zubir Zain 136
27. Koleksi Mohd. Isa Othman (KMI) 3 931
28. Koleksi Lembah Bujang (KLB) 500
  JUMLAH 52 344

 

 

Kakitangan Yang Mengurus Koleksi Kedah
Sudut ruangan kakitangan
Ruangan pengguna
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s