Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Kempen Derma Buku Sepanjang Ramadhan di UIM

Oleh : Azman Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UIM & Abdul Hakim Abdul Ghani, Penolong Pendaftar UIM

Perpustakaan Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya telah melancarkan kempen derma buku bagi warga Universiti, pengguna Perpustakaan dan orang awam sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Majlis pelancaran kempen tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor, Presiden Universiti Islam Malaysia pada 23 Mei 2017.

“Bulan Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam akan memperbanyakkan amalan soleh seperti solat Terawih dan bersedekah. Namun kali ini UIM tampil agak berlainan dimana tuntutan bersedekah bukan hanya wang tunai atau makanan tetapi juga bahan-bahan bacaan. Manfaat bahan bacaan yang didermakan adalah seperti kita memberikan ilmu kepada orang lain” kata Prof. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

Kempen derma buku dilancarkan bersempena dengan Hari Terbuka Perpustakaan UIM. Acara-acara seperti program Bicara Buku, permainan menguji minda, hadiah pengunjung setia perpustakaan dan peminjam terbanyak buku. Program Bicara Buku kali ini mengupas buku oleh Prof. Dato’ Abdul Monir Yaacob, Naib Presiden UIM bertajuk Perkembangan Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Buku ini berbentuk semi-autobiografi yang memaparkan pengalaman penulis sebagai ahli perundangan yang terlibat dalam penggubalan undang-undang berkaitan. Buku yang ditulis oleh beliau memenangi Anugerah Buku Negara 2016 dalam kategori Kajian Ilmiah Terbaik.

 

This slideshow requires JavaScript.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s