Mesyuarat MLG julung kalinya di UNIMAS

Oleh : Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan & Norazlina Abdul Rahman, Pustakawan Kanan, CAIS, UNIMAS

Buat julung kalinya, CAIS telah menjadi hos kepada Mesyuarat Kumpulan Pustakawan Perubatan atau lebih sinonim dengan nama MLG (Medical Librarian Group). Mesyuarat pertama MLG bagi tahun 2017 telah diadakan pada 27 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 15 orang ahli yang terdiri daripada pustakawan yang bertanggungjawab kepada perpustakaan perubatan di universiti masing-masing.

UNIMAS yang diwakili oleh Puan Norazlina Abdul Rahman, turut mengambil kesempatan ini untuk membawa kesemua ahli melawat dan mengenali Perpustakaan CAIS Perubatan, dan Anatomy and Pathology Museum yang bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS dan juga Perpustakaan CAIS Utama. Lebih menarik lagi adalah ahli mesyuarat telah juga dibawa berkunjung ke Pustaka Negeri Sarawak pada 25 Februari 2017 bagi memenuhi permintaan ahli untuk melawat sekitar Bandar Kuching.

Diharapkan mesyuarat pada kali ini memberi banyak pendekatan dan inisiatif yang relevan kepada golongan sasarnya bagi memperkukuhkan pengaruh MLG secara khusunya.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements
Categories: PPM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s