Posted in News from Malaysian Libraries

Program Semarak Buku dan Penulis 2017

Oleh : Tengku Tarmizi Tengku Aziz, Pustakawan Majlis Bandaraya Johor Bahru

Bersempena dengan sambutan hari buku dan hak cipta sedunia pada 23 Mac 2017 lalu, Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru telah menganjurkan satu program yang dinamakan “Program Semarak Buku Dan Penulis” dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengetengahkan penulis-penulis agar mereka lebih dikenali bukan sahaja menerusi karya-karya mereka tetapi juga penampilan diri mereka pada masyarakat. Program ini juga menggalakkan penyertaan masyarakat di Johor Bahru dalam melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan buku, hak cipta dan perpustakaan.

Program Semarak Buku Dan Penulis telah bermula pada petang 22 April 2017 dengan ‘Sesi Bercerita bersama Kanak-Kanak’ yang disampaikan oleh Puan Filzah Ibrahim dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Antara cerita yang disampaikan adalah Alang Pipi Merah, Putera Takashi dan Ulat Beluncas.

Pada 23 April 2017, Kolokium Hak Cipta : Karya Kita Hak Kita telah diadakan pada sesi pagi yang mengudang beberapa penulis terkenal temasuklah Fauziah Ashari, Penulis Novel “Ombak Rindu”, Nisah Harun, Penulis Travelog “Kembara Sastera”, Abg. Saifuddin Abg. Bohari dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan Zety Natamulia Elias, Penulis Novel Cinta di Taman Mimpi sebagai Moderator. Dalam Kolokium ini, para panel telah memberi mendekatan dan kesedaran tentang isu-isu hak cipta serta tindakan sewajarnya untuk diambil melindungi karya yang diterbitkan.

Sesi “Bedah Buku” bersama Dr Mat Rofa Ismail, mantan Pensyarah Jabatan Matematik UPM telah diadakan pada sebelah petang. Tajuk buku yang dikupaskan oleh Dr Mat Rofa Ismail adalah “Malayonesia” yang ditulis oleh beliau sendiri. “Malayonesia” adalah satu buku yang penuh padat dengan fakta sejarah melayu yang dipersembahkan selama 2 jam, melihatkan penulis mengkaji sejarah negara dengan pedekatannya sendiri. Karya ini telah melanggar teori buku-buku sejarah sebelum ini tetapi beliau tetap konsisten dengan pendapatnya. Buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan diulang cetak sebanyak 4 kali dalam masa kurang setahun.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s