Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Di UPNM: Selama 10 Minit, Di Mana-mana Saja Semua Membaca

Oleh : Azraai bin Abidin, Pustakawan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Dalam kesibukan meladeni tugas-tugas hakiki sebagai Naib Canselor, YBhg. Jeneral Tan Seri Dato’ Seri Panglima Zulkifli Haji Zainal Abidin turut bersama kira-kira 5,000 orang warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meluangkan masa selama 10 minit bagi menyokong program “Jom Baca Bersama 10 Minit” peringkat UPNM yang berlangsung serentak pada 25 April 2017 yang lalu.

 

Program sebegini merupakan penganjuran kali kedua dilakukan oleh UPNM selepas kejayaan penganjurannya pada tahun lalu. Berbeza pada tahun lalu yang hanya disambut di dalam Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI), sambutan pada tahun ini diperluaskan di seluruh kampus UPNM. Ia merupakan satu inisiatif daripada PJTI dan Yang Berbahagia Naib Canselor sendiri untuk melihat budaya membaca dan cintai ilmu meresap di seluruh kampus. Gesaan ini telah mendapat perhatian dan kerjasama dari semua Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian di UPNM.

 

Tanpa mengira tempat dan jenis bahan bacaan, seluruh warga UPNM menggunakan 10 minit yang diperuntukkan untuk membaca dan mengumpul pengetahuan daripada bahan bacaan mereka. Semoga pelaksanaan program ini menjadi pemangkin dan langkah awal bagi seluruh warga UPNM untuk menjadikan membaca sebagai budaya di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa. 

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s