Posted in Universiti Malaya

Program Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat (MLIS) di Universiti Malaya

Universiti Malaya di bawah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menawarkan program baharu iaitu Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat (MLIS) secara kerja kursus yang lebih sesuai dengan kehendak pasaran.

 

Kursus direka khas dan dijalankan selepas waktu pejabat untuk kemudahan calon pelajar yang bekerja. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang pengetahuan menyeluruh mengenai teori dan praktikal dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat. Melengkapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka berjaya dan berkembang maju dalam pelbagai persekitaran dan organisasi maklumat.

 

Kandungan Kursus:

Kursus wajib memberi penekanan kepada asas yang menunjangi bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat. Mengasah kemahiran dalam menyelesaikan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan dan penyebaran maklumat yang melibatkan interaksi sosial dan teknologi terkini.

 

Kursus elektif memberi tumpuan khusus dalam sokongan perkhidmatan maklumat seperti kajian pengguna dan perkhidmatan rujukan; atau melibatkan diri dengan topik kontemporari seperti literasi digital dan perpustakaan digital; atau sains pengukuran dan penganalisian seperti bibliometrics dan scientometrics.

 

Mengapa Sains Maklumat dan Perpustakaan di UM?

  1. UM secara konsisten diiktiraf sebagai universiti terbaik di Malaysia
  2. Ahli akademik yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat
  3. Pendedahan kepada latihan penyelidikan bertaraf dunia dan penerbitan kesarjanaan
  4. Penglibatan dalam jalinan kemasyarakatan
  5. Membina kemahiran analisis, komunikasi dan penulisan.

 

Program ini membuka peluang untuk kerjaya yang lebih meluas dalam pelbagai persekitaran/organisasi maklumat

 

Maklumat Lanjut boleh didapati di:

https://um.edu.my/academics/master/computer-science-and-information-technology/master-of-library-and-information-science-(coursework)

 Lampiran:

UM – Program Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat (MLIS) di Universiti Malaya Brosur

 

Cara memohon?

Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian di http://ips.um.edu.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Unit Kemasukan Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya

Tel: 603-7967 4414

Fax: 603-79566634

E-mel: ips@um.edu.my

 

atau

 

Penyelaras Program MLIS

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya

Tel: 603-7967 6402/6314

Fax: 603-79579249

E-mel: noorhidawati@um.edu.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s