Posted in Information Management Faculty, Malaysia, UiTM

Program Pengurusan Perpustakaan (IM244) Ditempatkan di Kampus Rembau, UiTM Negeri Sembilan.

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Pada 11 Januari 2017, Universiti Teknologi MARA Kampus Rembau telah mula dibuka.  Terdapat sebanyak tiga (3) fakulti memenuhi kampus UiTM Cawangan Negeri Sembilan, iaitu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan Maklumat (Program Pengurusan Perpustakaan (IM244).  Kampus yang dibina di tapak seluas32.4 hektar in merupakan kampus ketiga di Negeri Sembilan selepas kampus Kuala Pilah dan Seremban 3.  Pembinaan kampus ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin merealisasikan Negeri Sembilan sebagai “Lembah Ilmu”.

 

Pada peringkat awal, kampus Rembau dijangka akan menerima 1,500 pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Massa, 750 pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat dan 750 pelajar dari Fakulti Pengurusan Perniagaan.  Dijangkakan pada masa hadapan, kampus ini mampu menampung sehingga 5000 pelajar.

 

Perpindahan para kakitangan akademik telah pun berlaku pada pertengahan Februari 2017, manakala seramai 259 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan (IM244) telah dipindahkan dari Kampus Puncak Perdana, UiTM Selangor ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.  Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari Semester 2 hingga Semester 6. 

 

Sehubungan itu, pada 5 Mac 2017, kesemua pelajar baru dan lama telah melapor diri di kampus baharu ini.  Adalah diharapkan, para pelajar dan kakitangan akademik dari Program Pengurusan Perpustakaan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang di kampus Rembau.  Semoga perpindahan ini akan membawa lebih kejayaan dan kebaikan kepada program ini khususnya dan Fakulti Pengurusan Maklumat amnya.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s