Pendaftaran Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat 2017

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Pengurusan Maklumat di semua cawangan telah pun mendaftar pada 27 Feb 2017 dan 5 Mac 2017.  Secara keseluruhan seramai 208 orang pelajar telah mendaftar di Universiti Teknologi MARA kampus Puncak Perdana, Shah Alam, kampus Rembau, Negeri Sembilan, kampus Machang, Kelantan dan kampus Segamat, Johor.  Jumlah pelajar ini adalah merangkumi pegambilan pertama dan juga pengambilan kedua dan ini merupakan satu perkembangan yang baik terutama bagi Program Pengurusan Perpustakaan. 

 

Walaubagaimanapun, jumlah pelajar ini masih belum disahkan kerana kemungkinan akan ada pertambahan pelajar dalam masa terdekat. Pendaftaran pelajar adalah untuk program:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan (IM244)
  2. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat (IM245)
  3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod (IM246)
  4. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pusat Sumber (IM247)

 

Diharapkan lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM akan menyertai Fakulti Pengurusan Maklumat pada masa akan datang khususnya dalam bidang Pengurusan Perpustakaan.  Pendekatan seperti ceramah kerjaya sebagai seoang pustakawan atau pengurus maklumat, pameran kerjaya dalam bidang yang sama, dan juga aktiviti berbentuk promosi di perpustakaan dan sekolah, berkaitan dengan kerjaya ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak demi memastikan kelestarian kerjaya dalam bidang kepustakawanan.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a comment