Posted in News from Malaysian Libraries

1.5 JUTA RAKAYAT JOHOR SERTAI PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

Oleh : Tengku Tarmizi Tengku Aziz, Kumpulan Editor, Berita PPM

“Sambutan yang sangat luar biasa dan di luar jangkaan”. Itu yang digambarkan apabila Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit anjuran Perbandaran Perpustakaan Awam telah mendapat sambutan lebih dari 1.5 juta masyarakat di Johor. Uniknya penyertaan dari pelajar-pelajar luar negara juga mengambil peluang untuk bersama-sama merealisasikannya. Program ini telah memasuki fasa tahun keempat penganjurannya  adalah satu usaha berterusan menyemai budaya membaca di kalangan pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat bangsa Johor secara amnya.

Program ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan selama 10 minit untuk mendapat penguasaan ilmu serta mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor,  YB Datuk Ayub Rahmat, berkata pembacaan merupakan satu proses untuk pembelajaran sepanjang hajat yang sesuai untuk semua peringkat usia untuk menjadi insan yang berilmu. Masyarakat yang berbudaya tidak wujud denga tiba-tiba tanpa perancangan dan pelaksana ilmu pengetahuan.

Beliau menyempurnakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit di Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik pada 25 April 2017 yang juga turut hadir adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ), Ungku Noorkmal Ungku Sulaiman. Bersempana dengan program ini, PPAJ juga telah melancarkan 3 buah buku terbitan mereka Dalam program ini, hadirin turut persembahkan sesi bercerita bersama Cik Huda Patel dan Hidayah, penulis buku kanak-kanak “Nama Saya Nadia : Saya Ada Autism”.  Penyerahan buku oleh Bank Islam kepada PPA Johor, BTPN dan SK Nong Chik juga diadakan pada penghujung program.

Nahtijahnya, dengan program seumpana ini diharap dapat memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat  untuk membentuk pemikiran, sahsiah dan menjiwai semangat cintakan ilmu. Sehubungan dengan itu, peranan perpustakaan awam untuk menganjurkan program seperti ini dan terus kekal relevan serta menaikkan martabat pustakawan sebagai warga pendidik.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s