Posted in News from Malaysian Libraries

PNSC Papar: Perpustakaan Bergerak dan Des@Net

Oleh : Alberto Aning, Kumpulan Editor, Berita PPM

19 buah sekolah disekitar daerah Papar mendapat lawatan secara berkala dan lebih 3,000 bahan bacaan berbentuk buku dan majalah telah disediakan oleh Perkhidmatan Bas Bergerak Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan (PNSC) Papar. Perkhidmatan tersebut dilaksanakan untuk tujuan memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah luar bandar terutamanya.

 

Melengkapi perkhidmatan Bas Bergerak, PNSC Papar turut memberikan Perkhidmatan Des@Net, iaitu perkhidmatan yang berperanan merapatkan jurang digital antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar. Perkhidmatan ini dilengkapi dengan 8 buah komputer untuk digunakan secara terbuka dengan menyampaikan pembelajaran aplikasi “open office” kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Perkhidmatan ini mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pihak sekolah dan setakat ini telah mengunjungi 8 buah sekolah menengah di sekitar daerah Papar termasuk Kimanis, Bongawan, Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu.

 

Peranan kedua-dua perkhidmatan bergerak ini amat penting dalam mewujudkan masyarakat membaca yang celik maklumat terutama dari kalangan pelajar-pelajar luar bandar. Diharapkan perkhidmatan ini akan diteruskan dan ditambahbaik dari masa ke semasa.

This slideshow requires JavaScript.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s