Mengapa Perlu Membaca Pada Usia Muda

Oleh : Tengku Tarmizi Tengku Aziz, Kumpulan Editor, Berita PPM

Kongress Perpustakaan dan Maklumat Sedunia (The World Library and Information Congress (WLIC) 2016 diadakan setiap tahun dengan permilihan tuan rumah yang berbeza dari serata dunia. Pada tahun 2016, kongres ini telah memilih Columbus, Ohio, Amerika Syarikat sebagai tempat persidangan yang menghimpunkan lebih 3,000 orang peserta di kalangan professional maklumat dan pustakawan dari 137 buah negara pada 13 hingga 16 Ogos 2016. WLIC 2016 telah memberi kelebihan kepada tuan rumah untuk mempamerkan kelebihan perpustakaan dan sains maklumat di Amerika Syarikat dan serantau sebagai satu perkongsian pengalaman yang berguna kepada semua perwakilan. Selain itu, WLIC 2016 juga mengadakan pameran-pameran maklumat dan kepustakawanan yang melibatkan pelbagai peserta antarabangsa. Apa yang menarik perhatian mengenai pameran ini adalah pameran poster yang melibatkan 206 buah poster grafik yang menarik. Pameran poster grafik ini melibatkan individu atau berkumpulkan membentangkan dan memberi penerangan tentang hasil kerja mereka kepada perwakilan kongres. Pameran poster grafik ini juga adalah satu inisiatif untuk memberi peluang perpustakaan berkongsi pencapaian dalam pelbagai jenis projek dan penyelidikan di perpustakaan di seluruh dunia.

 

Dalam pameran poster grafik ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) telah dipilih sebagai poster yang ketiga terbaik dari kalangan 206 pempamer. PPAJ telah mempamerkan satu poster grafik berkonsep dan menarik yang bertajuk “Mengapa Perlu Membaca Pada Usia Muda”. Kandungan poster grafik ini adalah berdasarkan pengalaman PPAJ dalam mencetus menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Inisiatif ini bermula dengan penganjuran Karnival Membaca Kanak-kanak Johor di mana ianya adalah satu program yang bertujuan mewujudkan budaya minat membaca serta meningkatkan daya kreativiti dikalangan kanak-kanak seawal usia muda. Dengan bermatlamatkan menggalakkan budaya membaca di kalangan anak muda, program ini juga telah mendekatkan penulis-penulis karya popular dengan peminat mereka serta mengadakan pelbagai aktiviti seperti persembahan hiburan seperti persembahan sains, karnival matematik, lukisanmuka, bengkel, pertunjukan boneka dan sudah tentu pesta buku. Selain itu, kandungan poster grafik ini juga berkongsikan bagaimana PPAJ menganjurkan Karnival Membaca dengan bajet yang kecil serta bantuan penajaan dari organisasi lain.

 

Poster ketiga terbaik IFLA WLIC 2016 dari PPAJ
“Why Reading at Young Age Matters”

Penerangan Poster “Why Reading at Young Age Matters” oleh Pengarah PPAJ, YM Ungku Hajah Noorakmal Ungku Sulaiman kepada Perwakilan WLIC 2017

Perwakilan WLIC 2017 melihat poster “Why Reading at Young Age Matters”

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s