Posted in News from Malaysian Libraries

Amalan Terbaik Perkongsian Maklumat : Kolokium Kepustakawanan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Kolokium Kepustakawanan anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada 11-12 Februari 2017 (Sabtu dan Ahad) yang lalu bertempat di De Palma Eco-Resort, Kuala Selangor. Kolokium Siri 3 ini telah dihadiri oleh seramai 59 orang staf Perpustakaan daripada kumpulan Professional dan Pelaksana.

Dalam usaha Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas seharian, Kolokium Kepustakawanan ini dijadikan platform perkongsian maklumat untuk staf yang telah menghadiri bengkel dan seminar atau latihan untuk menyebarkan ilmu dan mengkisahkan pengalaman yang telah diperolehi.

Berlandaskan objektif untuk memastikan perkongsian ilmu serta meningkatkan kemahiran penyampaian maklumat staf Perpustakaan, Kolokium tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan 6 pembentangan kertas kerja pelbagai topik daripada 9 orang staf. Semoga amalan terbaik yang positif ini akan terus dibudayakan bagi kelangsungan perkongsian maklumat staf Perpustakaan.

BIL TAJUK PEMBENTANGAN NAMA PEMBENTANG
1 Risiko dalam pelaksanaan tugas di Perpustakaan Tuanku  Bainun Pn. Maisarah Razali

Pn. Noraliza Abu Samah

2 Basic Principles of Risk Management En. Mohamed Zaid b. Mohamed Idris
3 Conference on Library in the Cyber World En. Khairul Asyrani b. Sulaiman

En. Mohd Razalli b. Ahmad Termizi

4 Impak pameran dan perkhidmatan pandu lalu terhadap pinjaman bahan perpustakaan- Kajian berasaskan Return of Investment (ROI) Pn. Anizah bt. Tumin
5 Little Free Library di USIM – satu perkongsian Pn. Azura bt. Adnan
6 Smart Sharing Towards Excellent Islamic Libraries En. Nurul Kashfi b. Subri

Pn. Ruziah bt. Ahmad

Rujukan

Wan Kartini Wan Sulaiman (2017), Kolukium Kepustakawanan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI (Siri 3)

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s