Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Pesta Buku Selangor 2017 menjanjikan kelainan

Pesta Buku Selangor 2017 merupakan penganjuran pesta buku kali ke-12 sejak tahun 2006. Pesta Buku ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Bertemakan Ilmu Itu Realiti, pesta buku ini akan berlangsung selama 11 hari bermula dari 30 Mac sehingga 9 April 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec).

Pesta Buku Selangor 2017 turut mendapat kerjasama dari jabatan-jabatan kerajaan dan sektor swasta. Di antaranya ialah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Media Selangor, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negeri Selangor, Persatuan Tadika Selangor, Persatuan Tadika Islam (PASTI), Kumpulan Media Karangkraf, dan Nasyeed.com.

Pesta Buku Selangor semasa awal penganjurannya iatu pada tahun 2006, telah diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam. Sejak tahun 2011, penganjur dan pempamer mengubah lokasi pesta buku ke Pusat Konvensyen Shah Alam. Pada tahun ini, penganjur menyediakan 120 lot gerai dengan 85 pempamer. Di antara pempamer yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Media Karangkraf, PTS Publication, Al-Hidayah, Ana Muslim, Cerdik Publication, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Selain daripada pempamer di atas, tidak ketinggalan juga penerbit novel dan buku buka fiksyen tempatan kegemaran ramai seperti Love Novel, KakiNovel, dan dari Grup Buku Indie seperti Lejen Press, Dubook, dan Thukul Chetak. Sementara bagi peminat komik pula, mereka berpeluang untuk mendapatkan terbitan terkini dari Bekazon dan Gempak Starz. Variasi bahan bacaan sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan citarasa seisi keluarga adalah antara penambahbaikan berterusan yang sentiasa dilakukan oleh pihak penganjur. Ruang rehat dan santai disediakan, dan sudut refleksologi yang diusahakan oleh Persatuan Orang Buta diteruskan lagi tahun ini.

Aktiviti yang menarik, menyeronokkan namun memperkaya minda turut disusun sepanjang pesta buku berlangsung sebagai pengisian untuk para pengunjung Pesta Buku Selangor. Berkonsepkan pengukuhan kewangan, kerjaya, kekeluargaan, kesihatan, dan spiritual, pelbagai program diatur seawal 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadual terkini program sepanjang pesta buku boleh dilayari di http://www.ppas.gov.my/pbs.

Usaha menghidupkan suasana dan budaya mencintai ilmu yang berterusan ini merupakan hasrat penganjur dalam menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang dari segi spiritual, intelektual dan emosi, seterusnya meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat. Pesta Buku Selangor ini juga adalah antara pendekatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dalam merealisasikan misinya membantu kerajaan negeri mengurangkan kadar jenayah dan sosial.

Menghimpunkan pelbagai bahan bacaan terkini dan bermutu dan pengisian aktiviti yang memperkasa minda, Pesta Buku Selangor adalah satu kesempatan yang baik buat segenap lapisan masyarakat untuk membawa ahli keluarga masing-masing dalam memupuk budaya membaca dan mencintai ilmu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s