Penggunaan Sistem KOHA di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

Oleh: Shaifol Yazam bin Mat, Ketua, Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, UPM

 

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengambil inisiatif untuk menukar sistem Virtua iaitu sistem perkomputeran dan pengurusan bahan-bahan perpustakaan (proprietary) kepada sistem KOHA yang merupakan satu Sistem Maklumat Perpustakaan Bersepadu yang berasaskan kepada perisian sumber terbuka (open source). Sistem ini telah dibangunkan mengikut protokol dan piawaian perpustakaan seperti MARC 21, UNIMARC, Z39.50, SRU/SW, SIP2, SIP/NCIP bagi memastikan ianya bersesuaian, mampu berfungsi dan boleh diintegrasi dengan sistem-sistem lain yang digunakan.

 

Pertukaran sistem ini melibatkan PSAS dan perpustakaan cawangan di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu, Sarawak. Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan semua aspek terknikal dan operasi yang berkaitan dengan pertukaran sistem ini. Jawatankuasa berkenaan merupakan gabungan staf daripada PSAS dan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (IDEC), UPM.

Pada 9 November 2016, sistem KOHA telah secara rasminya digunakan di PSAS serta perpustakaan  cawangan di Kampus Serdang manakala Perpustakaan UPM Kampus Bintulu mula menggunakan sistem berkenaan pada 28 November 2016.

 

Berikut adalah faktor-faktor yang diambil kira dalam membuat perancangan dan keputusan untuk menggunakan sistem KOHA di PSAS :

  • Kemampuan sistem berkenaan untuk berfungsi sepenuhnya, fleksibel dan kos efektif.
  • Sebagai salah satu langkah penjimatan kos pengurusan operasi dan penggunaan sumber (kewangan dan peralatan).
  • Kos penyelenggaraan dan lesen yang lebih rendah berbanding sistem komersial (proprietary).
  • Dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna kerana sistem ini berasaskan web sepenuhnya.
  • Perpustakaan mempunyai hak dan kuasa untuk melakukan sebarang perubahan atau penambahbaikan pada sistem yang digunakan.
  • Memudahkan integrasi dengan aplikasi-aplikasi lain yang digunakan di Perpustakaan.
  • Pengurusan bahan-bahan dalam koleksi dan operasi perpustakaan yang lebih efisyen.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s