Sehari di Kampung Permatang Piah Bersama Dato’ Nafisah

Oleh: Nurul Asmaq Junit, Penolong Pustakawan Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah

 

Pada 30 Januari 2017 Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah, Bachok, Kelantan telah menerima kunjungan dari Yang Berbahagia Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merangkap Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang berhasrat untuk mengadakan satu lawatan santai bersama petugas perpustakaan desa dan masyarakat kampung. Beliau telah turun padang untuk menyertai program gotong–royong di sekitar kawasan Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah dan turut sama menanam pokok “Kelapa Matag” sebagai tanda kenangan.

 

Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan jurang antara petugas perpustakaan dan penduduk kampung serta mempelbagaikan fungsi perpustakaan dan menggalakkan lagi kehadiran pengunjung ke perpustakaan. Program gotong-royong bermula seawal jam 9.30 pagi, berjalan serentak dengan Program Galakan Membaca di perpustakaan tersebut. Beberapa aktiviti diadakan untuk kategori kanak-kanak antaranya ialah Snake and Ladder, Info Hunt, Kuiz Spontan, Teka Silang Kata, Sesi Bercerita serta sesi Mari Belajar Teknik Mewarna bersama Cik Ta atau Puan Hasnita Ibrahim Timbalan Presiden 1 PPM.

 

Sejurus selesai program tersebut Dato’ Nafisah juga turut meluangkan masa bersantai dan beramah mesra bersama peserta. Program ini  berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para pemenang dan jamuan tengahari.

 

Dato’ Nafisah Ahmad menyempurnakan acara penanaman pokok kelapa Matag di kawasan sekitar Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah.
Dato’ Nafisah Ahmad menyempurnakan acara penanaman pokok kelapa Matag di kawasan sekitar Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah.
Aktiviti Galakan Membaca untuk anak-anak Kampung Permatang Piah
Aktiviti Galakan Membaca untuk anak-anak Kampung Permatang Piah
Peserta cilik menerima hadiah daripada Dato’ Nafisah Ahmad
Peserta cilik menerima hadiah daripada Dato’ Nafisah Ahmad
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s