Menyantuni Mangsa Banjir di Kelantan : Satu Perjalanan Untuk Membentuk Bangsa Membaca

Oleh: Wan Emilin Wan Mat Alli, Setiausaha PPMT

Pada 31 Januari 2017, satu Program Menyantuni Mangsa Banjir di Kelantan telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong, yang terletak di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Program anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Kumpulan Timur (PPMT) ini telah dilaksanakan secara muhibbah dan turut disertai oleh staf-staf Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bertugas di perpustakaan-perpustakaan desa di negeri Kelantan.

Pemilihan buku di Syarikat Muda Osman Kubang Kerian untuk disumbangkan kepada Pusat Sumber SK Kedai Tanjong
Pemilihan buku di Syarikat Muda Osman Kubang Kerian untuk disumbangkan kepada Pusat Sumber SK Kedai Tanjong

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk menyantuni serta memberi motivasi kepada mangsa-mangsa banjir, khususnya para pelajar sekolah, melalui program yang memartabatkan bidang ilmu seperti pembacaan, memberi pendedahan berkenaan semangat sukarelawan dikalangan pustakawan dan memupuk masyarakat yang prihatin dan peka dengan isu-isu kemanusiaan.

Pihak PPM telah diketuai oleh YDP Presiden PPM sendiri iaitu Dato’ Nafisah Ahmad dan disertai juga oleh Puan Hasnita Ibrahim (Naib Presiden 1 PPM), Datin Che Normadiah Che Abbas (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah), Encik Ali Rashid (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sosial dan Khidmat Masyarakat), Puan Shamsiah Abu Bakar (Ahli Majlis PPM) dan Cik Wan Nor Azian binti Wan Abdullah (Pegawai Eksekutif PPM). Manakala persediaan asas atau ‘groundwork’ telah dilakukan oleh AJK PPMT yang berada di Kelantan, diketuai oleh Puan Rugayah Ali sebagai Pengerusi PPMT bersama-sama AJK lain termasuk pustakawan dari Kampus Kesihatan USM, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

slide2
Cik Sham menyampaikan cerita Cinderella kepada peserta program denagan penuh keceriaan

Rombongan dari PPM Induk telah berkampung selama 3 hari di Kelantan bagi menjalankan beberapa aktiviti sosial dan aktiviti tambahan sebelum program sebenar dijalankan di sekolah yang terpilih. Pada 29 Januari  selepas bersarapan di Kopitiam Kita, rombongan PPM Induk telah dibawa ke Syarikat Muda Osman untuk memilih dan membeli bahan koleksi kanak-kanak sebagai tambahan kepada sumbangan buku sedia ada. Keesokan harinya rombongan PPM Induk telah menziarahi Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah bagi menjayakan aktiviti bersama kanak-kanak di sana.

Seawal jam 8.00 pagi 31 Januari 2017, murid-murid SK Kedai Tanjong telah berkumpul di dewan sekolah bagi menyertai acara yang telah diatur sempena Program Menyantuni Mangsa Banjir PPM. Sesi pertama merupakan Terapi Minda Melalui Mewarna yang diterajui oleh Puan Hasnita di mana beliau berkongsi teknik mewarna yang betul dan menarik. Para peserta telah diberikan pensil warna dan sekeping gambar untuk diwarnakan. 15 orang murid yang telah mewarna paling cantik telah terpilih sebagai pemenang. Selain itu acara lain yang dijalankan termasuk Jom Dengar Cik Sham Bercerita! dan Origami 3R: Wajah Sang Rimba bersama Abang Ali.

Encik Ali Rashid menunjukkan cara membuat kraftangan menggunakan barang terpakai
Encik Ali Rashid menunjukkan cara membuat kraftangan menggunakan barang terpakai

Pihak PPM telah memberikan sumbangan buku dan alat tulis kepada peserta dari kalangan pelajar yang menghadiri program tersebut. Sumbangan buku dan permainan turut diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah bagi mempertingkatkan koleksi dan perkhidmatan kepada para pelajar sekolah. Sumbangan diperoleh dari pelbagai sumber seperti orang perseorangan dan syarikat-syarikat.

Acara telah berlangsung dengan meriah dan sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan. Program berakhir pada jam 1.00 tengah hari, dan diikuti dengan jamuan tengahari yang disediakan kepada para peserta, guru-guru dan petugas sukarelawan PPM.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s