Bengkel Cetusan Minda Gilap Bakat Terpendam Warga PTSL

Oleh: Ruzita Khamis, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM

 

Bengkel Cetusan Minda telah diadakan dari 15 hingga 16 Februari 2017 dan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada ahli kumpulan KIK Perpustakaan telah menghadirinya..  Bengkel santai ini adalah pembuka tirai aktiviti 2017 bagi Jawatankuasa Pemandu Dokumentasi KIK, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Program yang bermatlamat memupuk daya kreativiti , telah berjaya membuka minda warganya untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi memastikan matlamat bengkel tercapai  antaranya Sesi Segarkan Minda,  Slot Ceramah, Sesi Amali Menggali Idea Kreatif  dan sebagainya. Slot Ceramah@Bicara Tuntas adalah sesi perkongsian  selama satu jam 30 minit  oleh mereka yang berpengalaman luas dalam menjana idea kreatif dan inovatif iaitu Puan Rosnah Yusof dan Encik Shamsudin Ibrahim. Kedua-dua penceramah jemputan ini tidak lokek  berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu berimpak tinggi.

 

Selain daripada itu, diselitkan juga Bazar Inovasi. Slot ini merupakan aktiviti menguji kreativiti, ketangkasan dan kerjasama ahli kumpulan dimana peserta perlu menterjemahkan idea inovasi kepada realiti. Peserta dikehendaki merekacipta produk impian KIK dengan mengguna surat khabar sebagai bahan utama. Seterusnya, peserta perlu membentangkan replika produk ciptaan mereka untuk dinilai oleh Pemangku Ketua Pustakawan, Puan Rosnah Suliman. Sesi pembentangan turut dihadiri fasilitator setiap kumpulan yang turut memberi pandangan bagi penambahbaikan produk impian.

 

Hasilnya bengkel ini berjaya menjadi platform terbaik kepada kumpulan untuk mengenalpasti projek berpotensi untuk menpersembahkan kreativiti dan inovasi malah secara tidak langsung berjaya menggilap bakat kreatif dan pengucapan awam di kalangan peserta.

Aktiviti BerkumpulanSegarkan Minda

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s