Sumbangan Buku Kewangan Islam kepada Universiti Malaysia Sabah

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih untuk menerima sumbangan 40 judul buku dalam bidang kewangan Islam. Koleksi ini telah disumbangkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) semasa Karnival Cinta Rasul anjuran Bendahari UMS dan Pusat Islam UMS pada 21 Februari 2017. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Syariah BIMB, Tuan Mohd Nazri Chik kepada Encik Zawawi Tiyunin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UMS. Antara  judul buku yang disumbangkan adalah Islamic banking recovery process, The fatwa collection on financial transactions and monetary rulings : al-Fatawa fil-Mu’amalat wa-Ahkam al-Mal, Islamic wealth management and financial advisory, The book of sales : kitab al-Buyu dan The book of the lawful and the unlawful : kitab al-halal wa-al-hara. Pada masa yang sama pihak BIMB juga menyampaikan zakat kepada 408 orang pelajar UMS.

 

Tuan Mohd Nazri Chik menyatakan sumbangan buku dan zakat ini adalah sebahagian daripada CSR pihak BIMB untuk masyarakat. Diharapkan bantuan sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan meringankan beban pelajar yang menjalani kehidupan di kampus.

 

Terdahulu, Tuan Mohd Nazri telah menyampaikan Ceramah Kewangan dan Perbankan. Hadir sama adalah Bendahari UMS, Puan Zallifah Shadan dan Pengarah Pusat Islam UMS, Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat.

 

Rujukan

Mohd Affzanizan Mohd Amin (2017). UMS Agih Bantuan Zakat Kepada 408 Pelajar

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s