Posted in News from Malaysian Libraries

Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Papar: Kesatuan Membawa Kejayaan Dan Kesejahteraan!

Oleh: Alberto Aning, Kumpulan Editor, Berita PPM

“Kesatuan membawa kejayaan dan kesejahteraan”, itulah mesej yang cuba diterapkan oleh Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Papar. Perkara ini dinyatakan oleh Puan Haritah Tanaisus, Ketua Cawangan Papar, semasa penganjuran pelbagai aktiviti bersama kakitangan dan masyarakat setempat sepanjang bulan Januari 2017. Pada 7 Januari, seramai 16 orang kakitangan PNS Cawangan Papar telah menyertai perarakan Maulidur Rasul sempena perayaan tersebut di peringkat Daerah Papar. Manakala pada 14 Januari, bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, PNS Cawangan Papar telah mengadakan aktiviti membuat kraf tanglung yang melibatkan seramai 14 orang peserta kanak-kanak. Pada 20 Januari, kakitangan PNS Cawangan Papar meraikan perayaan sempena Krismas 2016 dan juga Tahun Baru Cina 2017 yang antaranya bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dikalangan kakitangan. Aktiviti sedemikian amat bermanfaat dan telah memberi impak kepada masyarakat sekitar Papar.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s