5 Judul Buku Bahasa Isyarat Malaysia@ PERPUSTAM

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima beberapa naskhah buku untuk  golongan istimewa pekak dan bisu semasa Majlis Penyerahan Buku Bahasa Isyarat Malaysia di Dewan Tuah PERPUSTAM pada 8 Februari 2017.

 

Buku hasil inisiatif Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan sokongan dari Sime Darby telah berjaya diterbitkan sebanyak 5 judul buku dalam tempoh 2 tahun. Menurut Pengarah Projek, Muhamad Sazali Shaari, tujuan penerbitan buku ini bagi memperbanyakkan  kosa kata dalam bidang bahasa isyarat untuk penggunaan golongan pekak dan bisu. Ia  dapat membantu mereka mengoptimumkan komunikasi dan memudahkan mereka berinteraksi.

 

Majlis telah dirasmikan oleh Exco Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md. Yunos Husin. Sebanyak 13 penerima lain turut menerima buku-buku tersebut antaranya Sekolah Pendidikan Khas Melaka dan Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Pengarah PERPUSTAM, Mohammed Aizamuddy Mohammed Idris dan Penasihat Persatuan Orang Pekak Melaka, Amir Hamzah Abd. Aziz.

 

Menurut Pengarah Projek yang juga merupakan Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia sebanyak 5,000 naskhah telah dicetak bagi setiap judul. Dengan terbitnya  buku-buku tersebut diharap ia banyak membantu para pelajar dan juga pengajar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s