Team Azzah Berusaha Memantapkan Aktiviti JKPIM Untuk Tahun 2017 dan 2018

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM) adalah salah satu Kumpulan Perpustakaan Khusus di bawah Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). JKPIM telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama untuk 2017 pada 5 Januari 2017 di Perpustakaan Darul Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Selangor.
Puan Nor Azzah Momin selaku Pengerusi JKPIM bagi penggal 2016/2018 memaklumkan beberapa aktiviti untuk 2017 dan 2018 telah disenaraikan bertujuan untuk memantapkan lagi Jawatankuasa ini. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah Penerbitan Direktori Perpustakaan Islam, Bengkel Pembinaan Sistem Perpustakaan, Lawatan, Seminar Kepustakawanan Islam dan Persidangan Perpustakaan Masjid.

 

Jawatankuasa Berbincang Mengenai Aktiviti Yang Bakal Dirancang Untuk Tahun 2017 dan 2018

 

Ahli Jawatankuasa JKPIM terdiri daripada:

  1. Puan Nor Azzah Momin (USIM) – Pengerusi
  2. Encik Sanizan Sardzi (USIM) – Setiausaha
  3. Dr Basri Hassan (UIAM)
  4. Puan Balqis Suja’ (UIAM)
  5. Puan Saniah Armia (Institut Kefahaman Islam Malaysia)(IKIM)
  6. Encik Mohd. Zain Abdul Rahman (Islamic Banking and Finance Institute of Malaysia) (IBFIM)
  7. Encik Nor Fadzil Shoib (Universiti Sultan Azlan Shah) (USAS)
  8. Puan Azrianie Roslan (Kolej Islam Sultan Ahmad Shah) (KIPSAS).

 

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini adalah wakil dari institusi lain seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Darul Quran, Perpustakaan Awam Islam JAKIM, Perpustakaan Universiti Islam Malaysia (UIM), Maktabah Masjid Al-Muktafi Billah, Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Perpustakaan Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM) di Perpustakaan Darul Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM) di Perpustakaan Darul Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Selangor

 

Advertisements
Categories: PPM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s