Ke Arah Kecemerlangan Pembantu Perpustakaan

Oleh : Hajah Hasnita Ibrahim, Timbalan Presiden I, PPM

 

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah berjaya mengadakan dua siri Program Sijil Pembantu Perpustakaan pada 2016 dan dua siri pada 2015. Program yang dilaksanakan secara modular ini  bertujuan untuk menyediakan petugas separa profesional serta sokongan untuk bertugas di perpustakaan, pusat maklumat dan pusat sumber sekolah.

 

Program ini melibatkan modul-modul berikut:

Modul 1: Pengenalan kepada Perpustakaan dan Pembinaan Koleksi/Perolehan Bahan

Modul 2: Pengkatalogan dan Pemprosesan

Modul 3: Perkhidmatan Pelanggan dan Rujukan, Literasi Maklumat

Modul 4: Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Fasilitator Modul 4 memberi penerangan sebelum memulakan latihan praktikal
Fasilitator Modul 4 memberi penerangan sebelum memulakan latihan praktikal

Program telah dihadiri oleh 177 orang peserta yang melibatkan 103 peserta pada Siri 1 dan  82 peserta pada Siri 2. Siri 3 telah diadakan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari 29 Februari 2016 hingga 11 Mac 2016 dan telah melibatkan 59 orang peserta. Siri 4 telah disertai oleh 23 orang peserta dan telah diadakan dari 21 November 2016 hingga 2 Disember 2016 di PNM. Program ini  akan diteruskan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran Pembantu Pustakawan dan Siri 5 akan diadakan dari 6 hingga 17 Mac 2017. Bagi Siri 5, nama program akan ditukar kepada Program Sijil Pembantu Pustakawan.

Peserta Modul dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)
Peserta Modul dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)

Sepanjang program ini peserta telah diberi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan tajuk setiap modul yang meliputi tugasan yang bersesuaian sebagai Pembantu Pustakawan di perpustakaan akademik, awam, khusus dan pusat sumber sekolah. Di samping itu, perbincangan dalam kumpulan juga diadakan bagi menilai pemahaman setiap peserta dengan tajuk yang dipelajari dan merangkumi 30% markah keseluruhan.  Di akhir setiap modul peserta perlu menduduki peperiksaan dengan pemarkahan sebanyak 40% bagi soalan objektif dan 30% bagi soalan subjektif. Peserta yang lulus peperiksaan akan menerima sijil lulus untuk setiap modul dan bagi peserta yang tidak lulus peperiksaan akan menerima sijil penyertaan. Jika peserta menghadiri dan lulus keempat-empat modul, mereka akan menerima Sijil Pembantu Perpustakaan.

Tahniah kepada Peserta Modul 4 kerana Berjaya !
Tahniah kepada Peserta Modul 4 kerana Berjaya !

Untuk langkah seterusnya, Jawatankuasa Kerja Program sedang berusaha untuk mendapatkan pentauliahan dan pelaksanaan bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) Division, Jabatan Pembangunan Kemahiran. SKM merupakan salah satu kelayakan dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Perpustakaan.

 

 

Semasa program dijalankan,  peserta memberi kerjasama yang baik dan menunjuk minat yang mendalam. Di samping ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, peserta juga dapat menjalin kerjasama dan berkenalan dengan rakan sekerja yang lain. Terima kasih kepada  ketua yang telah memberi kepercayaan kepada penganjur untuk melatih pembantu perpustakaan mereka. Semoga program ini berjaya demi kemajuan perpustakaan dan kemajuan kerjaya Pembantu Pustakawan itu sendiri.

Peserta yang Menyertai Modul 3
Peserta yang Menyertai Modul 3
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s