Posted in News from Malaysian Libraries

236 buah buku disumbangkan di Miri melalui BookShare Project

Oleh : Hajah Salina Haji Zawawi, Pengurus Wilayah/Ketua Sektor Pustaka Negeri Sarawak, Miri

Sejak BookShare Project dilancarkan pada 7 Mac 2013 oleh PPM Kumpulan Sarawak, lebih kurang 12,000 buah buku telah diterima daripada masyarakat awam sama ada dalam bentuk buku terpakai atau buku baru. Kotak BookShare Project telah diletak di beberapa lokasi strategik di antaranya Pustaka Negeri Sarawak, Kuching dan Miri, Swinburne University dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sumbangan buku ini kemudian diagih kepada pusat sumber sekolah, rumah ibadat, rumah panjang serta kawasan perumahan yang memerlukannya bersesuaian dengan bahan-bahan bacaan yang diterima.

Pada minggu pertama Januari 2017, sumbangan buku telah dibuat kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Jalan Bintang (236 naskhah), SK Miri (503 naskhah) dan Kelas Tabika Perpaduan Kampung Lopeng Tengah Siantan (42 naskhah). Semoga bahan ini akan dimanfaatkan oleh semua.

Guru Besar SK Jalan Bintang, Miri, Encik Ahmad Othman, telah menerima sumbangan buku dari wakil PPM Kumpulan Sarawak, Hjh. Salina Hj. Zawawi sambil disaksikan oleh ahli-ahli PPM dan Penyelia PPKI, Puan Suhaila Sabeh.

Penyerahan buku BookShare Project daripada wakil PPM Kumpulan Sarawak, Hjh. Salina Hj. Zawawi kepada Puan Nurfida, guru Pusat Sumber SK Miri sambil disaksikan oleh Guru Besar, Encik Chundi Manan dan ahli PPM, Encik Ahmad Samsudin.

Encik Mohd. Khadzrie Mohd. Ramzie Faizal, ahli PPM Kumpulan Sarawak telah menyerahkan buku kepada Puan Hamizah Wahi, guru kelas Tabika Perpaduan Kampung Lopeng Tengah Siantan, Miri.
Encik Mohd. Khadzrie Mohd. Ramzie Faizal, ahli PPM Kumpulan Sarawak telah menyerahkan buku kepada Puan Hamizah Wahi, guru kelas Tabika Perpaduan Kampung Lopeng Tengah Siantan, Miri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s