PNS Cawangan Papar Aktif Mempromosikan Perkhidmatan Kepada Masyarakat Setempat

Oleh : Haritah Tanaisus, Ketua Cawangan dan  Dyg. Sarifah Ag. Hasan Pen. Ketua Cawangan merangkap Pengerusi Aktiviti Galakkan Membaca

 

Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Papar terletak 30 km dari Kota Kinabalu dan merupakan salah satu cawangan Perpustakaan Negeri Sabah yang aktif dalam mempromosikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Usaha yang ketara dan berterusan ialah penganjuran pelbagai jenis aktiviti untuk menarik minat para pembaca  mengunjungi perpustakaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi kumpulan sasar warga emas sehinggalah kepada kanak-kanak. Mesej yang selalu diterapkan di dalam setiap aktiviti ialah kepentingan elemen masyarakat penyayang, masyarakat yang peduli dan saling berhubung selari dengan Visi Perpustakaan Negeri Sabah iaitu ‘Mewujudkan Masyarakat Berbudaya Membaca dan Terhubung’.

 

Pada tahun 2016 PNS Cawangan Papar telah mengadakan 15 aktiviti dengan kumpulan sasar berlainan serta melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan mahupun persatuan  NGO. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping mengadakan rangkaian kerja yang bermanfaat bagi kedua-dua pihak. Pada penutup aktiviti tahun ini diadakan sambutan hari kanak-kanak sedunia yang sangat meriah dan mendapat pengunjung seramai 117 orang serta penyertaan seramai 154 kanak-kanak. Antara pengisian yang menarik ialah ucapan kasih sayang kepada ibu bapa, kraftangan family tree, aktiviti dari Chanteek Borneo Gallery dan juga menghias kek cawan. Walaupun Perpustakaan Cawangan hanya terdapat di daerah negeri Sabah, ianya memikul tanggungjawab yang besar dalam mewujudkan masyarakat berilmu dan melestarikan budaya membaca

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s