Posted in News from Malaysian Libraries

Aktiviti PPANPk Meriah Sempena Car Free Day@Ipoh

Oleh: Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid,

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Perak

 

Hari Tanpa Kereta (Car Free Day) di Ipoh yang disambut pada hari Ahad minggu terakhir setiap bulan dimeriahkan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti oleh Perpustakaan  Awam Negeri Perak (PPANPk). Sejak dimulakan pada 18 Oktober 2015, PPANPk merupakan antara agensi yang aktif dan tidak pernah ketinggalan dalam mengambil bahagian dan menyokong program Hari Tanpa Kereta (Car Free Day) melalui penganjuran pelbagai aktiviti untuk semua peringkat usia. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Go Green reka cipta daripada bahan terbuang untuk peserta remaja dan dewasa, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, slot bercerita, puzzle game, permainan dalaman seperti congkak dan catur, gol dan menang, dam ular gergasi dan Run for Reading. Di samping itu, pameran perpustakaan bergerak juga urut diadakan di mana pengunjung dapat melihat dan mengetahui perkhidmatan yang disediakaan oleh perpustakaan bergerak kepada pengunjung. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti sebegini mampu mendekatkan PPANPk dengan masyarakat, di samping mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan. PPANPk akan terus memberi kerjasama dan sokongan di dalam program Hari Tanpa Kereta (Car Free Day) dan sentiasa menyediakan variasi aktiviti yang melibatkan warga Bandaraya Ipoh khususnya, dan masyarakat amnya.

 

slide1 slide2

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s