Posted in Librarians, Malaysia, News from Malaysian Libraries

Seminar “How Libraries Can Make Money”

Oleh: Wan Emilin W Mat Alli, Pustakawan Perpustakaan Hamdan Tahir, Universiti Sains Malaysia merangkap Setiausaha PPM Kumpulan Timur
Pada 11 Oktober 2016 satu seminar bertajuk ‘How Libraries Can Make Money’ telah dilangsungkan bertempat di Bilik Tutorial A, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM). Program anjuran bersama Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT), USM dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Timur (PPMT) ini telah dilaksanakan sempena Minggu Bersama Pelanggan PHT yang diadakan pada 10 hingga 11 Oktober 2016. Seminar tersebut telah mengetengahkan seorang penceramah dari kalangan pustakawan yang aktif dalam kerjaya dan juga kumpulan kreatif and inovatif iaitu Encik Shamsudin Ibrahim dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli PPM di negeri-negeri Pantai Timur tentang kaedah dan strategi penjanaan kewangan bagi perpustakaan dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu di mana peruntukan bajet yang diberikan bagi menguruskan perpustakaan didapati semakin mengecil dari tahun ke tahun. Seminar ini juga menjadi satu wadah perkongsian maklumat dan pengalaman amalan terbaik dalam mempromosi perkhidmatan perpustakaan melalui penjanaan, penajaan dan penjimatan sumber.

slide1

Seminar yang dibuka penyertaan kepada ahli PPM di negeri-negeri Pantai Timur dan juga petugas perpustakaan di bahagian terlibat ini telah dihadiri oleh 34 orang peserta dari pelbagai institusi seperti perpustakaan awam, perpustakaan akademik, Fakulti Sains Maklumat UiTM dan juga perpustakaan guna sama dan perpustakaan kolej yang berdekatan.

Seminar ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Rugayah Ali selaku tuan rumah merangkap Pengerusi PPMT. Sejurus selepas itu, penceramah jemputan iaitu Encik Shamsudin Ibrahim telah berkongsi maklumat dan pengalaman tentang senario yang dihadapi oleh perpustakaan masa kini dari aspek kekangan bajet dan penstrukturan semula perkhidmatan perpustakaan dalam menghadapi keadaan ini. Peserta turut mengambil peluang untuk bertanya tentang peranan yang dimainkan pustakawan UKM dalam mendepani cabaran kewangan tetapi dalam masa yang sama tetap menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan.

slide3

Peserta didapati sangat berpuas hati dengan ilmu dan perkongsian yang diperolehi semasa seminar berlangsung. Tepat jam 12.30 tengahari program seminar telah bersurai diikuti dengan jamuan tengahari yang disediakan kepada para peserta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s