Posted in Librarians, Malaysia, Meeting, PPM

Mesyuarat Agung Tahunan ke 60

Oleh : Ratnawati Sari Mohamad Amin, Setiausaha Kehormat 2014-2016 merangkap Timbalan Ketua Pustakawan UM

 

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 60 Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah diadakan pada 28 Mac 2016 (Isnin) bersamaan 19 Jamadilakhir 1437 Hijrah bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.  Mesyuarat Agung kali ini juga menyaksikan peralihan barisan Ahli Majlis yang baru dengan berakhirnya penggal 2014-2016. Bagi proses undian kali ini, PPM telah melakar sejarahnya tersendiri, di mana proses pengundian telah dijalankan secara e-voting bagi menentukan barisan baru Ahli Majlis PPM penggal 2016-2018.  Proses ini telah berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang baik dari ahli.

slide3

 

Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan Presiden, Dr Nor Edzan Haji Che Nasir, diikuti dengan ucaptama dan perasmian oleh tetamu kehormat YB Timbalan Menteri.  Dr Nor Edzan dalam ucapan aluannya telah merakamkan penghargaan kepada semua ahli terutamanya barisan Ahli Majlis di atas sokongan dan kerjasama yang dizahirkan sepanjang tempoh beliau mengemudi PPM. Banyak aktiviti yang telah dilaksana sepanjang 2014-2016, dan terkini adalah Sambutan 60 Tahun PPM, Program Sijil Pembantu Perpustakaan, Knowldge Cafe dan Program Sumbang Saran.  Datuk Mas Ermieyati dalam ucaptamanya menyeru agar PPM meneruskan usaha mendapatkan pengiktirafan pustakawan sebagai jawatan profesional dengan mendapatkan bantuan dari badan profesional lain. YB turut mengucapkan tahniah di atas pemilihan 6 Jun sebagai Hari Pustakawan Kebangsaan serta turut menyatakan sokongan padu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan persetujuan Kerajaan mengenainya.

 

Melalui majlis ini, PPM telah memberi penganugerahan berikut kepada ahlinya iaitu Anugerah Jawatankuasa/Kumpulan Paling Aktif 2015, Anugerah Pingat Emas 2015, Anugerah Pustakawan Harapan 2015, dan Anugerah Tokoh Pustakawan 2015. Turut dihargai adalah peserta Program Sijil Pembantu Perpustakaan Siri 2015, Ahli Majlis 2014-2016 serta semua Jawatankuasa Tetap, Jawatankuasa Khusus dan Jawatankuasa Kumpulan 2014-2016. Pada majlis yang sama, PPM turut melancarkan penerbitan Guideline on Competency for Special Library in Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Pustakawan dengan slogan Librarians for Safe Libraries.

slide4

Mesyuarat Agung telah dimulakan pada 11.30 pagi Selain pembentangan Laporan Tahunan dan  Penyata Kira-kira tahun 2015, satu pindaan perlembagaan dan sepuluh usul turut dipertimbangkan pada mesyuarat agung kali ini. Sebaik sahaja mesyuarat agung ditangguhkan, Encik Kamal Sujak selaku Pegawai Pilihanraya PPM 2016 telah dijemput ke pentas untuk mengumumkan calon-calon yang memenangi kerusi Ahli Majlis PPM bagi penggal 2016-2018. Melalui Mesyuarat Agung kali ini Hajah Nafisah Ahmad telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PPM 2016-20185. Tiga kerusi utama, iaitu Naib Presiden I, Naib Presiden II dan Bendahari Kehormat telah menerima dua pencalonan setiap satu dan sembilan pencalonan diterima bagi mengisi 6 jawatan Ahli  Majlis. Barisan baru Majlis PPM bagi penggal 2016-2018 dilihat lebih seimbang komposisinya dimana ia dianggotai oleh pustakawan senior dan junior dari perpustakaan akademik, awam dan swasta serta wakil dari utara Semenanjung hingga ke Sabah. Semoga kepelbagaian rencam di kalangan barisan Ahli Majlis akan membuahkan hasil yang membanggakan bagi Persatuan Pustakawan Malaysia.

slide9

PPM telah menggunakan kesempatan kehadiran ahli di Mesyuarat Agung yang ke 60 ini dengan pengisian dua ceramah bertajuk PPM’s Contribution to the Library Profession oleh Dato Dr Zaiton Osman, mantan Presiden PPM penggal 1984/1985 dan Cyber Security & the New Generation oleh Encik Aaron Mokhtar dari Cyber Security Malaysia pada sebelah petang sebelum majlis melabuhkan tirai.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s