Posted in Librarians, Malaysia, Meeting, PPM

Mesyuarat Agung Luar Biasa PPM Berjalan Lancar

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Tanggal 14 Disember 2016 (Rabu) merupakan hari bersejarah bagi PPM kerana julung-julung kalinya diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPM di Auditorium PNM. Pembukaan EGM telah dimulakan dengan ucapan aluan Presiden PPM. Puan Hajah Nafisah Ahmad. Beliau dengan terujanya memaklumkan kepada ahli bahawa Malaysia akan menjadi hos bagi IFLA WLIC kali ke 84 pada tahun 2018 dan menyeru penglibatan semua pustakawan Malaysia dalam jawatankuasa kecil, sukarelawan dan sebagai peserta IFLA WLIC 2018. Malaysia telah membuat tiga (3) kali pembidaan iaitu pada tahun 2010, 2013 dan pada kali ini, tahun 2016. Penganjuran IFLA WLIC 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre nanti merupakan kejayaan terbaik dan menjadi cabaran bagi Malaysia untuk menarik 3,000-4,000 peserta seluruh dunia bagi menyertai IFLA WLIC 2018.

 

EGM khas ini diadakan untuk mendapatkan kelulusan ahli bagi menggunakan peruntukan PPM sebanyak RM500,000.00 untuk perbelanjaan berkaitan IFLA WLIC 2018. Kertas Mesyuarat Permohonan Peruntukan Penganjuran 84 IFLA WLIC 2018 di Kuala Lumpur dan Kelulusan Peruntukan Bajet telah dibentangkan oleh Presiden PPM dan Bendahari Kehormat PPM, Cik Rohaya Umar. Beberapa persoalan dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli dan telah dijawab dengan baik dan berkesan oleh Presiden PPM. Secara keseluruhannya, semua ahli PPM memberi sambutan dan komitmen sokongan yang baik terhadap penganjuran IFLA WLIC 2018; dan bersetuju dengan permohonan cadangan peruntukan tersebut. Persidangan terbesar dunia dan amat berprestij dalam bidang perpustakaan dan kepustakawanan ini akan memberi impak kepada Malaysia dari segi budaya, sosio-ekonomi dan pelancongan.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s