Posted in Librarians, News from Malaysian Libraries

Persidangan Antarabangsa PERPUN Kali ke 5 Menjadi Tarikan Pustakawan

Oleh : Siti Sumaizan Ramli, Timbalan Ketua Pustakawan UPSI merangkap Setiausaha Kehormat PPM dan

Wan Kartini Wan Sulaiman, Pustakawan UPSI

 

Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sokongan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) buat julung kalinya menganjurkan ‘5th PERPUN International Conference 2016 : System & Innovation In Libraries’ pada 26 – 27 Julai 2016 bertempat di FELDA Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak.  Perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa,  Naib Canselor UPSI.

Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan input daripada perpustakaan-perpustakaan di Malaysia dalam pembangunan sistem dalaman untuk meningkatkan perkhidmatan kepada  pengguna,  memperkenalkan produk  inovasi terkini yang digunapakai di perpustakaan dalam dan luar negara serta menjalinkan  kerjasama dan meluaskan jaringan dalam kalangan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat di dalam memacu perkhidmatan perpustakaan.

slide2

 

Persidangan ini berjaya mengetengahkan inovasi-inovasi sistem yang dibangunkan oleh perpustakaan dalam dan luar negara ke dalam satu platform perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama. Jumlah kehadiran pembentang, peserta dan pemamer adalah seramai 111 orang. Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan termasuk 2 kertas kerja daripada pengucaptama seperti jadual berikut:

BIL. KERTAS KERJA ORGANISASI
1 Mr. Adam Brimo

MOOCS AND THE FUTURE OF LIBRARIES

CEO of Open Learning, Australia
2 Mr. Richard Levy

REINVENTING THE LIBRARY IN THE CLOUD: PROPRIETARY VERSUS OPEN SOURCE AND THE POSSIBILITY OF CONVERGENCE

EBSCO Information Services, Australia
     
3 Mr. Gerard George

MEETING THE CHALLENGES OF TODAY:  PERSPECTIVES ON CREATIVITY AND INNOVATION IN LIBRARIES

Lincoln Resource Center,

U.S Embassy Kuala Lumpur

     
4 Pn. Mazmin Mat Akhir

CREATING INNOVATIVE LEARNING SPACE AT UNIMAP LIBRARY THROUGH FAILED AND SUCCESSFUL EXPERIMENTS

Perpustakaan Tuanku Syed Faizudin Putra, UNIMAP
     
5 Prof  Madya Dr. Tan Wee Hoe

GAMIFICATION OF LIBRARIES IN UNIVERSITIES

Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI
     
6 Mr. Kia Siang Hock

NLB’S INNOVATION JOURNEY: FROM IDEAS TO IMPLIMENTATION

National Library Board, Singapore
     
7 Pn. Kamariah Abu Samah & Hj Sulaiman Kaiat

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAHASA ILMU: DINAMIKA TEKNOLOGI MAKLUMAT MEMACU KESARJANAAN AKADEMIA

Dewan Bahasa dan Pustaka  (DBP)
     
8 Cik Sarifah Abdullah

IHIKMAH: IIUM ONLINE COMMUNITY OF PRACTICE (COP) PORTAL

Perpustakaan Universiti Islam Antabangsa (UIAM)
     
9 Dr. Khasiah  Zakaria Perpustakaan Universiti
  EMBEDDED LIBRARIANS: TRANSFORMING THE LIBRARIAN’S ROLE FOR SCIENTIFIC RESEARCH ADVOCACY IN THE DIGITAL ERA Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor
10 Pn. Nurul Diana Jasni

APPLICATION AND BEST PRACTICES OF MEDIA INTEGRATION STRATEGIES

Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
     
11  Pn. Rashidah Bolhassan & En. Fairul Azli Banchit COLLABORATIVE INNOVATION, COMMUNITY ENGAGEMENT: THE STORY OF PUSTAKA NEGERI SARAWAK Pustaka Negeri Sarawak
     
12 Pn. Sharifah Fahimah Perpustakaan Universiti
  Syed Yeop

NURTURING LIBRARY OPERATIONAL INNOVATION USING THE LIBRARY MANAGEMENT SYSTEM FOR OPERATIONAL AND SERVICES EXCELLENCE

Teknologi Petronas (UTP)

 

13 Pn. Siti Aishah  Sheikh Kadir, En. Razman Abd Rani & Pn. Aidatul Hasnida Abdul Rani

SISTEM DAN INOVASI DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA:  PENGURUSAN ILMU DAN PERPUSTAKAAN BESTARI SAMSUNG

Perpustakaan Negara Malaysia
14 Mr. Ben Sng

PUBLICATION OPPORTUNITIES AND AUTHOR  ENGAGEMENT

Emerald Group Pub. Ltd

 

 

Di antara pemamer yang terlibat adalah III Inovative Interfaces, Technoventures Holdings Sdn. Bhd., Excell Envirotech Resources Sdn. Bhd., Interxs Sdn. Bhd., Acess Dunia, NM13 dan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Persidangan ini berjaya mendedahkan para peserta terhadap pembangunan sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan-perpustakaan seluruh Malaysia yang memberikan impak secara langsung atau tidak langsung terhadap proses kerja serta perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna.

slide3

Sistem dan inovasi yang diketengahkan akan menjadi medan untuk membuka lembaran baru dengan mengurangkan kebergantungan kepada vendor atau syarikat luar, sekaligus menyaksikan kebangkitan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat berganding bahu dalam merealisasikan pembangunan sistem dalaman termasuk perpustakaan digital.

This slideshow requires JavaScript.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s