Posted in News from Malaysian Libraries

Sambutan Sedekad UPNM di Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim Meriah

Oleh: Encik Azraai Bin Abidin, Pustakawan, UPNM

Pada 10 November 2016, genaplah sepuluh tahun penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bermula dengan Akademi Tentera Malaysia yang ditubuh pada 1 Julai 1995, sebelum dinaiktaraf menjadi universiti 1wam pada 2006, UPNM telah menjana kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan aspek terutama dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi 13 program di peringkat nasional dan antarabangsa.

Bertemakan “Sedekad Melahirkan Pemimpin Intelektual Berketrampilan”, sepanjang sembilan hari sambutan program sedekad UPNM, pelbagai program telah diadakan bermula dari Majlis Perasmian 1 Dekad UPNM pada 10 November sehinggalah Majlis Makan Malam 1 Dekad UPNM sebagai penutup kepada sambutan ini. Lain-lain program yang telah diadakan adalah Majlis Bacaan Yassin sempena Sambutan 1 Dekad UPNM, Program Anak Yatim, Larian Santai, Senaman Perang, Orientasi Perdana, Hari Terbuka UPNM pada 12 dan 13 November 2016, Persembahan Kesenian, Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu UPNM, Pertandingan Debat Bahasa Melayu dan Syarahan Perdana Diraja oleh DYMM Paduka Seri Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan.

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) tidak berkecuali dalam menyumbang tenaga dan idea bagi memeriahkan sambutan ini. PJTI telah diberi tanggungjawab untuk program Pameran Sedekad UPNM, Hari Terbuka UPNM (indoor games dan sukaneka kanak-kanak) dan Hari Pangkalan Data.

Pameran Sedekad UPNM

slide3
PJTI yang juga berperanan sebagai arkib Universiti telah diberi tanggungjawab untuk mengumpul dan mempamer sejarah dan kejayaan UPNM bermula dari tarikh penubuhannya sehingga kini. Pameran berbentuk poster, keratan akhbar dan gambar korporat Universiti telah diadakan di Ruang Legar Bangunan Lestari, di mana perasmian Sedekad UPNM telah diadakan, pada 10 November 2016. Pameran ini berjaya menarik tumpuan para tetamu kehormat yang hadir.

Sejurus selepas tamat perasmian Sedekad UPNM, bahan-bahan pameran dipindah ke Ruang Galeri PJTI dan dibuka untuk tontonan ramai. Pameran Sedekad UPNM ini diketuai oleh Encik Khairul Anuar bin Zainudin dan Encik Mohd Najib bin Abdullah.

Hari Terbuka UPNM (indoor games & sukaneka kanak-kanak)

Suasana meriah sewaktu Hari Terbuka UPNM di PJTI
Suasana meriah sewaktu Hari Terbuka UPNM di PJTI

Program Hari Terbuka UPNM telah berlangsung selama dua hari dari 12 hingga 13 November 2016 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Program ini dibuka kepada warga UPNM dan orang luar yang berminat untuk melihat dan merasai sendiri persekitaran UPNM. PJTI ditugaskan untuk mengelola aktiviti permainan indoor dan juga sukaneka kanak-kanak. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti tayangan filem, pertandingan mewarna (5-9 tahun), pertandingan menulis khat (10-12 tahun), kertas beracun (5-6 tahun), BINGO (13 tahun dan ke atas), teka jumlah buku (terbuka) serta Book Hunt yang disertai oleh ibu bapa dan seorang anak. Bagi permainan sukaneka untuk kanak-kanak, PJTI berkolaborasi bersama Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA). Aktiviti yang diadakan bermula dari 9 pagi hingga 2 petang ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dari para pengunjung. Program ini diketuai oleh Puan Yafiza binti Abdul Halim, Encik Azraai bin Abidin dan Cik Noor Faezah binti Shaari.

Hari Pangkalan Data

slide18
PJTI telah menganjurkan Hari Pangkalan Data pada 16 November 2016 bertujuan untuk mempromosi serta memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaan pangkalan data yang disediakan oleh PJTI kepada warga UPNM. Dimulakan dengan Bengkel Literasi Maklumat, bengkel ini telah mendapat kerjasama dari Pusat Pembangunan Akademik (PPA) untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada warga Fakulti terutamanya para pensyarah mengenai strategik pencarian maklumat dan sumber maklumat serta penggunaan perisian Turnitin.

Selain itu, konsultasi pangkalan data turut dijalankan serentak bagi memberi peluang kepada warga UPNM bertemu dengan pustakawan secara individu bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan pangkalan data dan cara-cara menggunanya. Hari Pangkalan Data ini turut dilengkapi dengan kuiz pangkalan data yang disertai oleh para pelajar. Program ini merupakan usaha Unit Rujukan di bawah Encik Azraai bin Abidin.

Rumusan
Secara keseluruhan, kesemua program dan aktiviti anjuran PJTI dan UPNM berjaya memeriahkan sambutan yang pertama kali diadakan ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan dilain masa. Seluruh warga PJTI mengucapkan selamat ulangtahun ke-10 dan semoga nama UPNM terus harum di mata dunia.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s