Posted in Librarians, News from Malaysian Libraries

Koleksi keratan akhbar perpustakaan dan kepustakawanan: Inisiatif Perpustakaan Universiti Malaya

Oleh: Sutarmi Kasimun, Timbalan Ketua Pustakawan, UM

Perpustakaan Universiti Malaya telah memulakan inisiatif mengumpul dan membuat keratan akhbar berita dan peristiwa berkaitan perpustakaan dan bidang kepustakawanan di Malaysia mulai Mac 2015. Kesedaran pengumpulan keratan akhbar timbul memandangkan tiada mana-mana perpustakaan akademik menjalankan aktiviti ini. Matlamat pengumpulan adalah bagi membantu para penyelidik yang  memerlukan bahan dan maklumat berkaitan bidang kepustakawanan terutamanya berita tempatan yang dimuatkan dalam akhbar terpilih iaitu Berita Harian/Berita Minggu, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Harian Metro/Metro Ahad, Kosmo, New Straits Times, Malay Mail/Sunday dan The Sun.

Setiap keratan akhbar diberi subjek mengikut isi kandungan berita yang disiarkan. Sehingga 24 November 2016, sejumlah 255 keratan akhbar dan berita tentang perpustakaan dan bidang kepustakawanan telah berjaya dikumpul, diimbas dan dimuat naik serta boleh dicapai melalui laman sesawang Perpustakaan Universiti Malaya (http://www.umlib.um.edu.my/newscut.asp) di bawah tajuk Malaysian Libraries and Librarians.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s