Isu dan cabaran Perpustakaan Islam dalam RELieS 2016

Oleh : Nor Azzah Momin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sejajar dengan perkembangan ilmu, maklumat dan teknologi, keperluan dan fungsi perpustakaan Islam  di institusi pengajian tinggi serta institusi Islam lain, Seminar Perpustakaan Islam Serantau atau dikenali sebagai Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS 2016) telah  diadakan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

slide1

Seminar dua hari yang berlangsung dari 28 hingga 29 September 2016 anjuran Perpustakaan USIM bertemakan Perekayasaan Perkongsian Pintar Ke Arah Kecemerlangan Perpustakaan Islam.  Ia dilihat sebagai landasan terbaik bagi seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pustakawan, ahli akademik, pakar agama dari Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk membincang isu dan cabaran yang dihadapi perpustakaan Islam serantau masa kini.

 

Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Bendahari USIM, yang mewakili Naib Canselor USIM. Sebanyak sepuluh kertas kerja telah dibentang dan dua ucap tama disampaikan. Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Profesor Dr. Wan. Mohd Nor Wan Daud yang merupakan Pengarah di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur telah menyampaikan ucaptama.

 

slide2

Seminar ini memberi ruang bagi para pengamal bidang kepustakawanan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan mewujudkan rangkaian dalam bidang sumber dan perkhidmatan maklumat di perpustakaan Islam serantau.

slide3

Di akhir seminar, beberapa kesimpulan dan saranan telah dibuat antaranya, pengumpulan maklumat tokoh Islam, satu perpustakaan, satu tokoh; pemerkasaan ikatan kerjasama dalam mewujudkan perpustakaan digital bagi koleksi Islam; pewujudan satu skim pengkelasan subjek berkaitan Islam yang seragam, dan pemantapan kompetensi sumber manusia di perpustakaan Islam seluruh Malaysia.

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s