Posted in Events, Librarians, Malaysia, Meeting, PPM

Sanggar Kerja PPM 2016 Mengetengahkan Imej Baharu

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

content-ptg-sanggarSanggar Kerja PPM 2016 telah diadakan pada 12 hingga 13 November 2016 bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Nafisah Ahmad selaku Presiden PPM. Semasa menyampai ucaptama, beliau menekankan perlunya pendaftaran keahlian PPM dipertingkat bagi memacu luas pembangunan profesyen Kepustakawanan dengan lebih jayanya dan seterusnya meningkatkan kebolehlihatan (visibiliti) peranan Pustakawan diperingkat kepimpinan negara dan masyarakat. Beliau juga mahu melihat semangat kebersamaan dan kekitaan yang tinggi terus subur dipupuk dikalangan Pustakawan Malaysia dengan adanya peningkatan keahlian PPM ini. Dengan itu, beliau menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada semua Pengarah Perpustakaan Negeri untuk menggalakkan Pustakawan mereka mendaftar sebagai ahli PPM.

whatsapp-image-2016-11-13-at-12-07-30-pmSanggar kerja kali telah mengumpulkan pembentangan perancangan dan laporan aktiviti 22 Jawatankuasa Tetap dan Kumpulan. Sebanyak 30 laporan program PPM telah dilaporkan berjaya dilaksanakan bagi tahun 2016. Antara aktiviti yang memberi impak kepada negara adalah Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus penyertaan. Sekaligus, program ini akan diangkat sebagai program nasional bagi PPM bermula tahun 2017. Kesemua Perpustakaan sama ada besar atau kecil, Perpustakaan awam mahupun swasta akan digembleng bersama-sama menyertai program ini terutama pihak sekolah, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat kawasan pedalaman.

Disamping itu juga, Program PPM Kumpulan Sarawak yang dikenali sebagai Library in the Box pula akan diketengahkan sebagai projek nasional untuk Perpustakaan di seluruh Malaysia bagi menggalak aktiviti pembacaan terutamanya di kawasan pedalaman. Oleh itu, PPM Kumpulan Sarawak akan menyiapkan dokumentasi pelan pelaksanaan yang akan menjadi rujukan semua Perpustakaan.nugerah

Seterusnya, Sanggar Kerja PPM 2016 bersetuju untuk memperkenalkan anugerah Pustakawan Terbaik Tahunan (Librarian of the Year) bermula tahun hadapan. Kriteria pencalonan yang layak akan diumumkan tidak lama lagi.

Akhir sekali, draf dokumen Pelan Strategik PPM 2017-2019 telah direkabentuk semasa sesi perbincangan Sanggar Kerja PPM 2016 berlangsung. Dokumen tersebut telah dibuat selaras dengan keperluan negara, IFLA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation). Beberapa intipati yang lebih relevan, terancang dan mengikut arus semasa telah dimasukkan; dengan penekanan sebanyak 54 program yang bakal dilaksanakan pada tahun 2017 sehingga 2019. Antara intipati yang dibincangkan adalah Program Pembangunan Kompetensi Pustakawan, Program Pengantarabangsaan Pustakawan Malaysia, Program Kemasyarakatan dan banyak lagi. Buat masa ini dokumen Pelan Strategik PPM 2017-2019 sedang dimurnikan dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.whatsapp-image-2016-11-13-at-12-36-04-pm

Dengan itu, diharapkan semua perancangan yang dibuat semasa Sanggar Kerja PPM 2016 dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak untuk profesyen Kepustakawanan dan negara Malaysia yang tercinta ini.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s