Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Majlis Makan Malam PPM Kumpulan Sabah 2016 Serba Sederhana

Oleh:   Mohd Kamil Abdullah

(Pustakawan UMS merangkap Setiausaha PPM Kumpulan Sabah 2014/2016)

slide1

Majlis Makan Malam PPM Kumpulan Sabah 2016 telah diadakan pada 26 Januari 2016 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Seramai 30 orang pustakawan dari pelbagai perpustakaan di Sabah telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Makan malam ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dr. Nor Edzan Che Nasir, Presiden PPM 2014/2016, Encik Wong Vui Yin, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah dan Puan Zaiton Bakri, Pengurus Pusat Kraftangan Yayasan Sabah.

slide6

 

Encik Zawawi Tiyunin selaku Pengerusi PPM Kumpulan Sabah telah menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan Presiden PPM 2014/2016. Majlis ini diteruskan dengan tayangan video aktiviti PPM Kumpulan Sabah sepanjang 2015 dan acara kemuncak adalah penghargaan kepada semua agensi yang telah bekerjasama dengan PPM Kumpulan Sabah iaitu Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu, Perpustakaan Tun Haji Mohd. Fuad Stephen Yayasan Sabah dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. Semoga majlis seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s