Posted in Events, News from Malaysian Libraries

SEMINAR UNDERSTANDING LEGAL AGREEMENT

Oleh : Anna Kustyana Mukandar, Pengerusi JKKPUU

Pada 12 Mei 2016 Jawatankuasa Khusus Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang (JKKPUU) mengadakan Seminar Understanding Legal Agreement for Online Resources bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang dokumen perjanjian bagi bahan maklumat atas talian, meningkatkan kompetensi dalam mengurus bahan berkenaan dan membina jaringan antara organisasi yang menyertai.

Seminar separuh hari itu menampilkan dua tokoh yang berpengalaman dalam menguruskan perjanjian undang-undang iaitu Dato’Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Bendahari USIM dan Encik Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak, Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seramai 37 orang peserta dari pelbagai institusi iaitu universiti awam, universiti dan kolej swasta, institusi kehakiman dan syarikat swasta hadir ke seminar ini.

Secara keseluruhan seminar itu telah dapat menjadi wadah percambahan idea di samping meningkatkan lagi tahap kefahaman mengenai cara mengurus dokumen perjanjian. Walaubagaimanapun peserta juga memberi cadangan untuk penambahbaikan di masa akan datang iaitu menambah slot dalam kemahiran perundangan, perkongsian pengalaman oleh peserta dan lebih ramai penceramah di jemput serta mengadakan sesi bersama pustakawan yang berpengalaman dalam pengurusan perjanjian undang-undang.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s