Seminar ORCID Membantu Meningkatkan Mutu Penulisan

Oleh  : Dr Khasiah Zakaria (EXCO PPM for  Intellectual Property)

Exco PPM  merangkap Duta ORCID Asia dan Pacific Rim

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Pusat Sitasi Malaysia (PSM), Kementerian Pengajian Tinggi buat julung kalinya telah bergabung untuk menganjurkan Seminar ORCID (Open Researcher and Contribution ID) pada 5 Februari 2016 (Selasa). Seramai 31 peserta dari pelbagai latarbelakang seperti penyelidik, penerbit dan pustakawan telah menyertai seminar setengah hari ini di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Penceramah untuk seminar ini didatangkan khas dari Jepun, iaitu Ms. Nobuko Miyairi, yang merupakan Regional Director, Asia Pacific ORCID.

ORCID merupakan organisasi yang disokong oleh komuniti antarabangsa yang terdiri dari penyelidik, ahli akademik, penerbit serta persatuan professional. Malah Pusat Sitasi Malaysia adalah merupakan ahli yang membayar yuran tahunan kepada ORCID. Seminar yang diadakan adalah untuk menjelaskan mengenai aplikasi ORCID dalam membantu penulis dan penyelidik dikenalpasti diperingkat antarabangsa.

Melalui ORCID masalah kepelbagaian nama penulis dalam makalah ilmiah dikenapasti dan diperbetulkan melalui pendaftaran dan pengecaman nama unik berpusat serta mekanisme terbuka yang membolehkan perhubungan telus antara ORCID dan ID penyelidik lain dan dalam satu aliran kerja penyelidikan.

ORCID memberikan peluang untuk memberikan pengenalan yang jelas dan terkawal kerana ia akan mengenalpasti penulis adalah entiti unik bagi setiap individu. Melalui integrasi pelbagai teknologi, penerimaan manuskrip serta permohonan geran penyelidikan atau penulisan disokong secara jaringan automasi antara penulis dan berbagai aras aktiviti memastikan kerja atau projek penulisan dikenalpasti secara tuntas. Maklumat lanjut mengenai ORCID boleh diperolehi dari laman web orcid.org.

Quick wins untuk semua peserta adalah merupakan 3 perkara berikut:
1 REGISTER: Get your unique ORCID identifier Register now! Registration takes 30 seconds.
2 ADD YOUR INFO: Enhance your ORCID record with your professional information and link to your other identifiers (such as Scopus or Researcher ID or LinkedIn).
3 USE YOUR ORCID ID: Include your ORCID identifier on your Webpage, when you submit publications, apply for grants, and in any research workflow to ensure you get credit for your work.

Secara amnya Seminar ORCID kali ini sangat berjaya kerana bilangan peserta adalah agak ramai yakni 31 orang. Semoga PPM akan bergabung dengan lebih kerap lagi dengan Pusat Sitasi Malaysia untuk menganjurkan perkongsian ilmu yang lebih mantap dan menguntungkan penyelidik Malaysia.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s