PROGRAM AMAL ‘CHARITY BOOK RUN AND RIDE 2016’ DENGAN KERJASAMA UMS

Oleh:  Adam Sabri Magi (Pustakawan, UMS)

Program amal ‘Charity Book Run and Ride 2016’ adalah program yang julung-julung kali dianjurkan dengan kerjasama PPM Kumpulan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) gabungan Jabatan Perpustakaan, Jabatan Bendahari, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Seramai 179 orang peserta telah menjayakan program yang telah diadakan pada 26 Mac 2016 (Sabtu) di perkarangan Dewan Canselor UMS. Program ini merangkumi larian sejauh 7 kilometer dan berbasikal sejauh 12 kilometer di sekitar kampus dan peserta terdiri daripada warga UMS, pelajar Asian Tourism International College (ATIC), Politeknik Kota Kinabalu dan masyarakat sekitar Kota Kinabalu. Encik No’man Haji Ahmad, Pendaftar UMS telah melepaskan gimik larian. Peserta program menerima medal dan sijil penyertaan.

Matlamat penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan di kalangan pustakawan dan masyarakat sekeliling. Ia juga bertujuan untuk menyemai keinginan untuk berkongsi ilmu melalui sumbangan buku serta membudayakan gaya hidup sihat. Sebanyak 300 buah buku telah diterima melalui program ini. Hasil sumbangan akan diagihkan kepada perpustakaan atau pusat sumber sekolah. Program sebegini perlu diteruskan supaya penglibatan dan sumbangan masyarakat dapat diperluas.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s