Posted in Events, Meeting

PPM KUMPULAN PANTAI TIMUR “KAMI BERSAMA PPM”

Oleh :    Rugayah Ali

                Pengerusi PPM Kumpulan Pantai Timur

Satu program bertajuk Program Sumbang Saran “Kami bersama PPM” telah berlangsung pada 24 Januari 2016 bertempat di Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Timur (PPMT) telah bertindak selaku tuan rumah dengan berkolaborasi bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bagi menjayakan program yang julung kali diadakan seumpamanya.

Objektif utama program ini adalah sebagai satu wadah kepada ahli PPM di negeri-negeri Pantai Timur untuk berdialog secara langsung dengan ‘orang lama’ dalam PPM. Perkara ini dilihat selaras dengan cadangan yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 yang menitikberatkan input daripada pihak-pihak berkepentingan agar pelan strategi yang bersepadu dan berwawasan dapat dirangka oleh PPM secara amnya.

Kehadiran yang dicatatkan ialah sebanyak 56 orang yang merangkumi ahli PPM dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan, dan turut dimeriahkan dengan penyertaan oleh ahli jawatankuasa yang telah menghadiri Bengkel Sanggar Kerja yang diadakan di Sumai Apartment Hotel pada hari sebelumnya.

Program Sumbang Saran ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PPMT iaitu Puan Rugayah Ali dari Perpustakaan Hamdan Tahir USM Kampus Kesihatan. Sejurus selepas itu, suatu forum bertajuk Bicara Khas PPM: The Wisdom Within telah berlangsung yang membariskan 4 orang panelis iaitu Puan Maimunah Abd. Kadir dari Perpustakaan Universiti Perdana, Dr. Nor Edzan Nasir selaku Yang DiPertua Pengerusi PPM, Dato’ Hajah Nor Akmal Abdul Fatah, Pengarah PPAT selaku wakil tuan rumah dan Puan Rohani Othman iaitu Ketua Pustakawan Universiti Sultan Zainal Abidin. Panelis telah berkongsi pengalaman berharga selama bergiat aktif dalam Persatuan dan juga menguruskan pentadbiran Perpustakaan.

Pada jam 11.00 pagi, satu dialog Sumbang Saran telah berlangsung di antara panelis dan juga ahli PPM yang hadir. Di antara persoalan yang dilontarkan ialah apakah kaedah untuk merapatkan jurang antara Perpustakaan akademik dan Perpustakaan awam, apakah aktiviti yang sesuai dilaksanakan bagi menjana pendapatan Perpustakaan dan juga bagaimana untuk memastikan Pustakawan dapat menyertai program IFLA yang diadakan setiap tahun.

Program Sumbang Saran “Kami Bersama PPM” telah berjaya menghimpunkan ahli dan juga sebahagian besar pimpinan Persatuan Pustakawan Malaysia dalam suatu suasana yang penuh harmoni dan ceria. Di samping dapat bertukar pendapat dan idea, serta berkongsi pengalaman, para peserta juga dapat menjalinkan ukhuwah antara rakan-rakan setugas dari pelbagai negeri dan institusi Perpustakaan di Malaysia.

Majlis telah bersurai pada jam 12.30 tengahari diikuti dengan jamuan tengahari yang ditaja sepenuhnya oleh PPAT.

 

ppmt1

Puan Rogaya Ali (Pengerusi Program),  Ahli Panel adalah  Puan Maimunah Abdul Kadir  (Mantan Presiden), Dr. Nor Edzan Che Nasir (Presiden PPM), Dato’ Hajah Nor Akmal Abdul Fatah (Pengarah PPAT) dan Puan Rohani Othman (Ketua Pustakawan Universiti Sultan Zainal Abidin)

ppmt2

Pustakawan PPM Kumpulan Pantai Timur khusyuk mendengar forum

ppmt3

Gambar kenangan Bersama Ahli Majlis PPM

ppmt4

Kehadiran Ahli Majlis Memeriahkan Lagi Program Sumbangsaran di Pantai Timur
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s