Posted in Uncategorized

Program Sumbang Saran ~ Edzan Nasir

Pada 14 Disember 2015, PPM telah mengadakan Program Sumbang Saran di Auditorium PNM. Program ini menampilkan tiga orang bekas Yang DiPertua/Presiden PPM bagi tujuan berkongsi pengalaman dan melahirkan pendapat berkaitan dengan isu-isu semasa yang melibatkan pustakawan. Program kali ini melibatkan Tuan Syed SalimAgha Syed Azmatullah (1974/75), Dato Zawiyah Baba (1985/86, 1986/87, 2001/03, 2003/05) dan Encik Chew Wing Foong (1993/95, 1995/97).

Program bermula dengan ucapan alu-aluan dari Presiden PPM, Dr Nor Edzan Che Nasir dan diteruskan pembentangan dari ketiga-tiga tetamu kehormat. Pembentangan oleh Tuan Syed Salim Agha Syed Azmatullah berkisar sekitar sustainability and relevancy of libraries. Beliau juga menyatakan bahawa pustakawan dan fungsi perpustakaan perlu berubah. Beliau juga menyarankan pembentukan National Information Policy. Dato Zawiyah Baba yang telah memegang tampuk pimpinan PPM selama empat penggal (1985/86, 1986/87, 2001/03, 2003/05) telah berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi ahli dan juga Presiden PPM. Banyak pengalaman dan kenangan manis yang tersimpan dalam lipatan memori beliau. Encik Chew Wing Foong juga telah berkongsi pengalaman beliau semasa memegang tampuk pimpinan PPM. Beliau telah menjadi ahli PPM seawal 1973 dan telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam PPM. Beliau menekankan perlunya ada sinergi diantara PPM dan PNM. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.

Sumbang saran 1
Tetamu kehormat bersama Presiden PPM dan Ketua Pengarah PNM

PPM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan Sijil Pembantu Perpustakaan. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat sijil penuh.

PPM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PPM yang sudi meluangkan masa untuk hadir program ini.

20151214_110814.jpg
Tetamu jemputan

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s