Posted in Malaysia

HARI PUSTAKAWAN KEBANGSAAN

Cadangan

Pada Mesyuarat Agung Tahunan 2014/2015, Persatuan Pustakawan Malaysia yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia, telah mengangkat 6 Jun setiap tahun sebagai Hari Pustakawan Kebangsaan atau National Librarian Day. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk menyedarkan masyarakat kepada peranan yang dimainkan oleh seorang Pustakawan dalam masyarakat. Kita mahu usaha memartabatkan bidang ini keperingkat yang lebih tinggi dan meraikan nilai yang diberikan oleh perpustakaan, pustakawan dan pengurus maklumat.

 Pengenalan

Pustakawan wujud di Malaysia sejak dari dulu lagi seiring dengan kewujudan perpustakaan. Tetapi, tiada dokumentasi yang boleh dirujuk untuk menetapkan bila bermulanya profesyen pustakawan di Malaysia. Dalam kajiannya, Lim (1970) merumuskan kebarangkalian wujudnya perpustakaan di Tanah Melayu sebelum kemasukan British. Walau bagaimana pun, perpustakaan pada ketika itu kecil dan hanya digunakan bagi tujuan mempermudahkan pengkajian mengenai agama yang dianuti ketika itu atau diwujudkan sebagai arkib negeri.

Penjajah British telah membangunkan perpustakaan pertama di Tanah Melayu iaitu Penang Library pada 1817. Ianya  dikuti dengan pembukaan Malacca Library pada 1881 dan Kuala Lumpur Book Club. Setiap perpustakaan dikendali oleh sebuah jawatankuasa dimana Setiausahanya memegang jawatan pustakawan dengan dibantu oleh seorang Kerani Perpustakaan yang dibayar gaji bulanan, kecuali Kuala Lumpur Book Club yang menggaji seorang Setiausaha sambilan dan Pustakawan pada 1922.

Kita boleh merumuskan bahawa profesyen pustakawan di Malaysia telah wujud sejak 1922 dan kekal sehingga kini. Dalam konteks ini pustakawan merujuk kepada mereka yang bertugas secara profesional di perpustakaan dan terlatih dalam bidang kepustakawanan. Bagi maksud untuk menyatukan perpustakaan dan pustakawan sebuah persatuan telah diwujudkan pada 1955 dan didaftarkan di Registrar of Societies Singapore pada 6 Jun 1955 sebagai Malayan Library Group. Kumpulan ini mengalami beberapa perubahan nama iaitu dari Malayan Library Group ke Persatuan Perpustakaan  Persekutuan Tanah Melayu, kemudian berubah nama menjadi Persatuan Perpustakaan Malaysia dan akhirnya dikenali sebagai Persatuan Pustakawan Malaysia.

Pustakawan adalah terjemahan dari perkataan Inggeris Librarian. Seorang pustakawan boleh bertugas sama ada di:

  1. Perpustakaan Negara Malaysia
  2. Perpustakaan akademik
  3. Perpustakaan awam
  4. Perpustakan khusus, dan
  5. Perpustakaan sekolah

Kelulusan minima yang diperlukan untuk jawatan ini ialah Sarjana Muda Sains Perpustakaan atau yang setaraf dengannya. Namun kebanyakan pustakawan berpeluang luas untuk meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat setelah menjawat jawatan.

 Justifikasi

Teknologi telah banyak mengubah bentuk penyebaran maklumat. Dari daun lontar hinggalah ke telefon pintar, Pustakawan telah mengadaptasi diri dan profesyennya sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan masyarakat. Keupayaan Pustakawan untuk kekal relevan sejak dari dulu lagi perlu diberikan penghormatan yang sebaiknya dan bagi tujuan itu Persatuan Pustakawan Malaysia telah mengangkat 6 Jun setiap tahun sebagai Hari Pustakawan Kebangsaan atau National Librarian Day. Hari sebegini diraikan dibeberapa negara (Jadual 1).

Jadual 1: Hari yang berkaitan dengan perpustakaan dan pustakawan

Hari Tarikh Negara
National Library Week A week in April US
National Library Workers Day Tuesday of National Library Week US
International Special Librarians Day 13 April International
World Book and Copyright Day 23 April International
National Librarian Day 16 April USA
National Library Day 12 August India
National Libraries Day 7 September UK
International School Library Day 23 October International

Setiap hari pustakawan membantu meningkatkan kadar celik maklumat, menggalakkan  pembelajaran dan menyuburkan minat membaca. Mereka menghubungkan orang ramai dengan maklumat yang mereka perlukan dan membantu mewujudkan masyarakat yang adil dan makmur. Hari Pustakawan Kebangsaan adalah peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada  pejuang maklumat di atas segala usaha  yang mereka lakukan dan menunjukkan kepada masyarakat mengapa pustakawan adalah sangat penting kepada masyarakat kita.

Rujukan:

ALA. 2015. National Library Workers Day. Available on 6 February 2015 from: http://ala-apa.org/nlwd/

CILIP. 2015. National Libraries Day. Available on 6  February 2015 from:http://www.nationallibrariesday.org.uk/

Lim, Edward Huck Tee. 1970. Libraries in West Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: University of Malaya Library.

Disediakan oleh: Dr Nor Edzan binti Che Nasir,

Presiden, Persatuan Pustakawan Malaysia 2014/2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s